Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA BOLEH BERTANDING


Pas amal demokrasi, semua parti bebas bertanding
Ahmad Yunus Hairi

SHAH ALAM - “Terpulang kepada Amanah atau mana-mana parti untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti,” demikian kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, parti lain bebas untuk meletakkan calon kerana Pas mengamalkan prinsip demokrasi dalam berpolitik.

“Kena ada satu pemikiran, apa tujuan kita berpolitik dan mengapa bertanding di dalam pilihan raya. Strategi kami adalah untuk membangunkan masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas belum buat pemilihan calon untuk PRK tersebut.

“Belum lagi. Malam tadi ada buat mesyuarat peringkat negeri. Kami ada melihat dan melakukan perbincangan tentang perkara tersebut. Kami perlu juga ambil kira pandangan daripada ahli kawasan itu sendiri.

“Begitu juga dengan pendirian Pas peringkat kawasan Sungai Besar. Namun, semua bergantung kepada keputusan Pas Pusat kerana kami adalah medium untuk menyampaikan hasrat peringkat bawah kepada Pas Pusat,” katanya.

Selain itu katanya, Pas juga belum membuat keputusan mengenai tawaran PKR untuk menyertai Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU akan datang.

“Masih belum ada keputusan di peringkat Pas Pusat. Khamis ini akan ada mesyuarat peringkat pusat,” katanya.

Baru-baru ini, dilaporkan Pas menolak tawaran PKR agar ia menyertai Pakatan Harapan di samping DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menghadapi PRU14.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya Pas lebih berminat jika PKR dapat menyertai blok ketiga yang ditubuhkan Pas bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

“Kalau tanya saya, saya suka nak ajak PKR untuk sertai Pas dalam blok ketiga. Tapi setakat ini kita tiada perbincangan lagi ke arah itu.

“Kita juga belum bincangkan secara rasmi mengenai tawaran (Timbalan Presiden PKR) Mohamed Azmin (Ali),” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.