Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BANYAK CAKAP

Arwah banyak berdiam diri kebelakangan ini'
'Arwah banyak berdiam diri kebelakangan ini'
Noriah Kasnon.

KUCHING - Allahyarham Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon kelihatan lebih banyak berdiam diri kebelakangan ini, kata Setiausaha Sulitnya, Abidin Supardi.

Abidin yang sudah 12 tahun menjadi setiausaha sulit Noriah berkata: "Semasa di dalam helikopter kami datang ke Betong, saya tengok beliau banyak berdiam diri," kata Abidin yang turut menaiki helikopter bersama Noriah ketika itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Umum Sarawak.

Abidin berkata, setelah membuat pengecaman dari segi pakaian dan anggota badan, beliau mengesahkan ia adalah mayat Allahyarham Noriah.

Mengenai Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Abidin berkata beliau memang bertukar pesawat semasa pulang dari Betong.

Katanya Datuk Wan Mohammad Khair-il menaiki pesawat malang itu sementara beliau menaiki helikopter yang kedua.

Selain Noriah dan Wan Mohammad Khair-il, suami Noriah, Asmuni Abdullah,   Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas menaiki pesawat itu.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas berkaitan kementeriannya semasa kempen pilihan raya negeri ini yang hari pengundiannya esok. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.