Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSATU TIPU RAKYAT DAN ROS ?

ROS DIMINTA BERTINDAK TERHADAP BERSATU SUPAYA RAKYAT MENGHORMATI ROS.

JIKA BENAR KATA HAMIDAH MAKA ROS PERLU BERTINDAK.

GELI HATI PULAK DENGAN BERSATU NI, PAS TU NAK JADI PIEM PULAK.

TAPI ADA PANDANGAN YANG KITA TELAH DENGAR BAHAWA MAHADHIR YANG MEMERINTAH 22 TAHUN LALU PENUH DENGAN DOSA DAN NODA ? SEBAB ITU DIA MOHON MA'AF, TAPI TIDAK MENEPATI SYARAT !

DENGAR KHABAR JIKA P.HARAPAN MENANG MAHADHIR AKAN JADI PIEM 9 BULAN PAS TU DIA SERAH PADA ANAK DIA JADI PIEM.

YANG LAIN MELEPAS ! NAMUN RAMAI YAKIN P.HARAPAN AKAN KALAH TERUK PADA PRU 14 SEBAB PIMPINAN MEREKA BANYAK BUAT KESALAHAN.

-Pak Karamu-


'Saya rasa pandangan Hamidah itu memang tepat'

AddThis Sharing Buttons

'Saya rasa pandangan Hamidah itu memang tepat'
Nur Jazlan ketika bercakap kepada tetamu yang hadir ke majlis tahlil buat Allahyarham bapanya.
(Ubah saiz teks) 
 
JOHOR BAHRU - Padangan bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman mengenai mesyuarat agung parti terbabit adalah tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perlembagaan parti itu menghendaki mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian dilaksanakan terlebih dahulu sebelum masyuarat agung diadakan.

"Saya rasa pandangan beliau (Hamidah) itu memang tepat bahawa parti Bersatu ini tidak menjalankan mesyuarat agungnya mengikut perlembagaan sendiri.

"Perlembagaan mereka mengkehendaki bahawa mesyuarat (di peringkat) cawangan dan bahagian dilaksanakan dahulu sebelum mesyuarat agung di peringkat nasional dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Tahlil Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini semalam.

Nur Jazlan berkata, kegagalan Bersatu menjalankan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian juga menunjukkan satu penipuan pemimpin parti berkenaan kepada rakyat.

"Ini juga saya rasa satu penipuan kepada rakyat yang dibuat oleh pemimpin parti Bersatu yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai sokongan di akar umbi yang meluas.

"(Kata) tiap-tiap negeri ada... tiap-tiap daerah ada sokongan ke atas mereka. Tapi kalau mereka tak boleh mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian, maknanya ini bukan parti yang mempunyai akar umbi," katanya.

Sambil menyindir Bersatu sebagai sebuah parti yang diwujudkan di awang-awangan, Ketua Umno Bahagian Pulai itu berkata, beliau merasakan Bersatu tidak akan dihormati parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Dan juga lepas ini, saya rasa akan diketepikan oleh parti pembangkang.

"Jadi saya rasa peluang untuk Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk memimpin parti pembangkang ini juga agak tipis disebabkan keadaan sebenar parti Bersatu ini yang tidak mempunyai sokongan ataupun jentera di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum ini telah menyatakan bahawa Bersatu dikehendaki menepati semua syarat dalam perlembagaan mereka terlebih dahulu.

"Mereka kelirukan (rakyat) dengan berkata RoS bertindak dengan tidak adil, RoS berat sebelah. Tapi RoS hanya bertindak berlandaskan kepada perlembagaan parti yang dikemukakan oleh pemimpin parti Bersatu sendiri.

"Mereka sendiri tak dapat melaksanakan kehendak perlembagaan mereka, lepas tu nak salahkan RoS?. Saya harap rakyat tidak tertipu dengan helah parti Bersatu ini," katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Hamidah mempersoalkan keabsahan mesyuarat agung Bersatu yang diadakan, baru-baru  ini.

Beliau turut mengingatkan Bersatu tidak menyalahkan RoS kerana kegagalan mengikut perlembagaan parti.

Selain itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Penaja Bersatu Gopeng menyifatkan Bersatu sebagai belum bersedia untuk memerintah negara.

31 orang berkata:

Anonymous said...

Kikiki hidup hadi.. hidup U-PIGS. InsyaAllah hadi jadi pm, malaysia jadi mcm iran.

Anonymous said...

Cawangan dan bahagian belum cukup setahun bukan syarat wajib mengadakan persidangan.
Yang paling awal menerima Sijil Pendaftaran pada bulan Jun 2017, bermaksud masih ada masa sehingga Jun 2018.

Pemegang² jawatan sekarang masih diperingkat penajaan dan layak untuk hadir bagi Perhimpunan Agung Tahunan Parti dan ia tidak melibatkan apa² pertandingan jawatan atau pindaan perlembagaan.

Perhimpunan Agung Tahunan adalah berbeza dengan Mesyuarat Agung Tahunan.

Anonymous said...

Sama bodoh Pas dengan Umno!
Dah xde modal blog ni. ...mengampu umno lebih sebab dah xde duit nak bayar saman 5 juta pada AS Timber.

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5906] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 599 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Mesti la ampu umno bang. Najib kan dah pujian lebai hadi tinggi melangit..pembangkang yg baik katanya. Itu bukan pembangkang, itu rakan kongsi.

Arwah tq fadhil noor cakap kalau musuh puji, mesti ada benda yg tak kena. Walaunta buta perut masih nak ikut hadi.

Anonymous said...

Aik..u-turn ke ni bang?.. Kat mana2 semua dah jaja mesyuarat agung, tetiba lak jadi perhimpunan agung.. Nasib baik abang tak cakap majlis hari jadi tun.. Hihi..

Memang kelakau tak abis2 la ph ni... Hahahaha..

Anonymous said...

Ala nak kena naikkan tun jugak ke?.. Kesian la pulak tengok ppbm ni, dah tahap merayu nak jadi pm dari parti diorang..

Yela berdarah umno, mestilah bijak boleh jadi pm.. Pkr pan apa kelas.. Hihi..

Anonymous said...

Ala yang abang2 ni cerdik ke?.. Asyik diperbodohkan tun je.. Mintak maaf pun boleh u-turn..

Tak payah la nak ajak rakyat diperbodohkan sekali, cukup la macai2 je..hihi..

jaki said...

شركة مكافحة حشرات فى المدينة المنورة
افضل شركة مكافحة النمل الابيض بالمدينة المنورة
شركة مكافحة النمل الابيض بالمدينة المنورة

Anonymous said...

Ramai pengikut Pas x sedar , diaorang dah jadi pencacai umno.

Anonymous said...

Walaunta mana ada otak. Dlm tempurung kepala diorang cuma kosong. Apa yg ayatollah hadi sabda, menonong diorang ikut.

Anonymous said...

Pak karam, zahid janji nak buat rci memali haritu. Dah senyap, pas kena kencing lagi ka dgn umno?

Bonjour Merci said...

Kita dh tau yang umno kaki kencing jadi dia nak buat tak buat tetap kaki kencing selamanya

Anonymous said...

Kena bodohkan tun tak boleh bang. Kena bodohkan hj hadi tak apa. Kih3

Anonymous said...

Kami walaunta dah biasa kena kencing. Kalau tak kena kencing kami tak boleh tido malam

Anonymous said...

Masa tu tun dah cuti. Tugas dah serah kat pemangku pm. Susah nak kenakan tun. Sama mcm forex. Tun dah serah kat gabnor bank negara.

Anonymous said...

Puncanya amanat hadi. Hadi misti kantoi punya

Anonymous said...

Mintak maaf tu bagus la. Jangan jadi mcm sorang lagi tu. Dah fitnah orang tokey pil kuda, cakap orang barua, babi, anjing, kafir tapi tak nak mintak maaf sebelum mati. Agaknya nak mintak maaf masa kat dlm kubor kot...

Anonymous said...

Pas lagi kelakar. Buat ruu355 pun sekerat jalan. Pas - parti ajaran sekerat2 kot. Sekerat lagi serah kot umno. Kih3

Anonymous said...

Pas memang rakan kongsi umno. Bersatu bising apa hal? Jelous ke tak dapat pembahagian dedak?

Anonymous said...

Susah nak buat rci memali bang. Bapak mangsa sendiri dah cakap anak dia bawak ajaran sesat.

Anonymous said...

Ikut hukum, bughah memang patut dihapuskan. Tak percaya kalu, cuba rujuk quran dan hadis...

Anonymous said...

Knapa tak nak tubuh rci 1mdb? Tak kan nak kena tunggu hadi jadi pm dulu?

Anonymous said...

Umno seronok sangat ada parti pembangkang yg baik hati macam pas. Senang nak kasi kencing

An Anonymous said...

Bila masa pulak pil kuda fitnah?? Bukan dah jumpa ke pengedar dia di salor hari tu??

An Anonymous said...

Kalau kena kencing dgn kafirun yg ‘sesat’kan pas dan yg ‘islam’kan pan barulah kami boleh tidur lena.. krooohhh krooohhhh..

An Anonymous said...

Ada ke tghh kantoi? Pil kuda kantoi ada lah..

An Anonymous said...

Dap yg diwakili lge seronok sangat dapat meng’islam’kan pan setelah meng’sesat’kan pas.. ntah laa

Pak Gunawan said...

Saya pak gunawan ingin berbagi komentar kepada anda,bahwa bagi anda yang punya permasalahan ekonomi atau terlilit hutang silahkan hub: 085-256-077-899 MBAH BUDI HARTONO,karna saya sendiri sudah melihat buktinya,saya di bantu pesugihan uang gaib sebesar 7 milyar,saya bisa sukses ini berkat bantuan MBAH,saya sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya,dan saya sangat bangga pada diri saya sendiri,karna sudah bisa meringankan beban orang tua saya,dan kini saya juga sudah bisa buka toko,itu semua atas bantuan MBAH BUDI HARTONO,inilah baru namanya paranormal karna memberikan hasil,sekali lagi makasih yaa MBAH,anda ingin mendapatkan pesugihan sama seperti saya,jangan takut ini aman tanpa tumbal,silahkan konsultasi sama beliau dengan cara tlpn atau buka website agar lebih di mengerti..

Klik-->> PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

An Anonymous said...

Bukan sekerat jalan tapi perlahan-lahan.. kita kena berhati2 bimbang akan dimaki hamun lagi oleh para kafirun dan sekutunya.. kita tak terkejut jika diherdik oleh para kafirun tapi yg terkejutnya bila diherdik oleh sekutunya.. padahal masa tu belumpun dibentang lagi..

An Anonymous said...

6:39,

Tak perlu mintak maaf la.. sila baca:

Utk jawapan kpd sikap label melabel adalah spt di bawah:

1. TAUKE PIL KUDA - ini telah terbukti di mahkamah tidak ditujukan kpd pihak mana sekalipun.. malah baru2 ni terbukti sudah ada pihak yg terlibat dgn pil kuda.. namun PAS dah lama akan memboikot atau membantah calon dari parti mana2 sekalipun jika terdiri drpd pengedar pil kuda, berfahaman marxist, sosialis, kaki fitnah, kaki kelab malam, kali lompat parti, kaki rasuah serta lain2 kelakuan yg tak sepatutnya..

2. BARUA - jika seseorg itu polis kita perlu melabelnya sbg polis.. jika seseorg itu askar kita perlu melabelnya sbg askar.. maka begitu jugalah jika seseorg itu barua!.. ada ke patut melompat sokong pemimpin parti lain kerana kononnya pemimpin sendiri nak berUG dgn UMNO!.. lihatlah sendiri sampai sekarang masih tak nampak ujudnya UG tu, maka memang sesuailah dilabelkan sebegitu..

3. PENGKHIANAT - ini memang tak boleh dinafikan lagi bila berlakunya adegan melompat parti tanpa meninggalkan kerusi buat parti lama.. sekiranya PAN rasa bukan satu kesalahan akan adun dan ahli parlimen yg melompat parti; itu masalah dan kebodohan PAN sendiri.. sdgkan DAP sendiri pernah menggelarkan pengkhianat kpd adun2nya yg telah tinggalkan parti baru2 ini di melaka..

4. KHODAM - ini merujuk kpd pihak yg walaupun masih bernaung dalam parti sendiri namun masih sanggup membela pihak luar parti lebih drpd parti sendiri e.g. sehinggakan sampai ke tahap tergamak membocorkan agenda2 serta keputusan2 mesyuarat parti yg sepatutnya ‘confidential’ dalam masa hanya setengah jam sahaja selepas selesainya menyuarat parti..

5. BABI - ini hanya perumpamaan tapi diputarbelitkan pula oleh puak PAN.. iaitu "Seperti anjing menyalak babi di sebalik bukit" bermaksud inilah penentangan yg perlu dilakukan oleh PAS terutamanya terhadap UMNO dan musuh PAS lainnya.. bukannya penentangan yg sia2 oleh PAN spt dlm isu bantah pesta arak terbuka cuma DALAM HATI iaitu hanya "Seperti anjing menyalak bukit"..

6. BIAWAK - "Seperti memikul biawak hidup" inilah perumpamaan asal yg dipetik.. maksudnya di sini ialah jika PAS masih mahu berbaik lagi dgn DAP, akibatnya akan memberi kesan negatif oleh sokongan melayu islam kpd PAS.. mana mungkin mereka hendak mempercayai DAP lagi setelah melihat gelagat DAP dan sekutunya di dalam parlimen dalam isu usul RUU 355 dan juga isu membantah pesta arak terbuka..

7. KAFIR - di dalam amanat hanya ada perkataan kafir dlm ayat yg lebih kurang "Kita tak perlu masuk hindu, tak perlu masuk buddha tapi kita boleh jatuh kafir hanya jika berkata politik suku agama suku".. selain daripada itu perkataan kafir hanyalah diputarbelit oleh UMNO dan sekutunya di kelantan; PAN ..

8. MUNAFIK- jika seseorg boleh menerima serta berdiam diri bila ada seorg kafir harbi menghina ilmuwan islam dgn label SYAITON dan juga bila ada penganjuran pesta arak terbuka sehingga mengganggu sensitiviti org beriman (bukan org munafik), apakah ada lagi label yg lebih sesuai utk digunakan?

9. BUTIR2 TAHI - seperti yg telah dijelaskan oleh salah seorg pemimpin PAS, ini hanya merujuk kpd sejarah turun-menurun e.g. DAP butir2 tahi PAP bermaksud DAP adalah asalnya turun menurun drpd PAP.. tiada langsung maksud jahat spt yg cuba digembar-gemburkan oleh pihak PAN.

10. TALIBAN - yg ini DAP sendiri yg bagi gelaran kpd pihak yg jelas menentang secara terang2an ke atas pesta arak terbuka.. maka dengan itu aku pula ingin bagi gelaran kpd pihak yg menentang hanya DALAM HATI ke atas pesta arak terbuka ini.. gelaran yg dah aku fikirkan semasak2nya ialah mereka ini sebagai TALIBANgang; ataupun yg lebih tepat lagi ialah TALIBARUT!.

11. PENYANGAK - yg ini tak memerlukan IQ tinggi utk kita faham.. kalau dengan geng sendiri pun boleh dituduhnya kaki liwat dan kaki melancapkan orang lain; juga dia sendiri pun kaki songlap harta rakyat sehingga berbillion2 ringgit utk habuan si anak2 dan kroni, apa lagikah gelaran yg lebih sesuai daripada penyangak?

Itulah penjelasan saya... sekian..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.