Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TELUS DAN TELITI, LAIN KALI JANGAN BUAT

 Hampir pilihanraya banyak fitnah,

Ramai hendah jatuhkan PAS terutama yang anti islam !

Fitnah dan memfitnah jangan jadikan dagangan !

PAS sentiasa teliti.

-Pak Karamu-

 

Pemimpin Pas terima permohonan maaf Sinar Harian

 



AddThis Sharing Buttons


Pemimpin Pas terima permohonan maaf Sinar Harian


(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Pas terima permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Sinar Harian berikutan kesilapan dalam melaporkan kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara sama juga perlu dilakukan oleh mereka yang memfitnah Presiden Pas dan berlapang dada mengaku silap sama seperti yang dilakukan Sinar Harian.


"Pas tetap berpegang teguh kepada prinsip seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tanpa mengira isu dan lawan, sama ada skandal 1MDB yang nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering terpalit, skandal Ijok yang nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terpalit mahupun skandal pembelian banglo dan terowong bawah laut Pulau Pinang yang nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpalit.


"Jika diberi kuasa, Pas akan mengambil sikap yang sama terhadap skandal-skandal lama sebagaimana skandal-skandal baru dengan melakukan penyiasatan secara teliti dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berharap, pada zaman yang penuh fitnah ini, tidak ada mana-mana pihak yang cepat menjatuhkan hukum.


"Budaya menghukum hari ini, bila tuduh sahaja terus dikatakan salah ini perlu dibendung. Sesiapa yang menuduh perlu membawa bukti.


"Berhati-hatilah pada mereka yang suka menuduh lalu mencabar orang yang dituduh mereka untuk menyaman bagi membersihkan tuduhan terhadapnya terutamanya menjelang pilihan raya umum untuk meraih undi," katanya.


Beliau berkata, apa yang berlaku ini cumalah taktik yang songsang untuk menipu pengundi kerana sudah ada pelbagai contoh di depan mata di mana mereka yang menuduh ini akan memohon maaf di mahkamah selepas itu setelah tujuan fitnah telah tercapai.


Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, langkah Sinar Harian mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Abdul Hadi sangat dihargai dan dihormati.


"Tidak dinafikan, laporan yang salah itu menjadi fitnah kepada Presiden Pas khasnya dan Pas sendiri secara amnya apabila berita itu ditulis sebagai 'Pas berkecuali Isu 1MDB'.


"Realitinya Presiden Pas adalah antara individu yang awal mendesak kerajaan supaya isu 1MDB ini ditangani dengan satu siasatan yang telus dan adil serta mengingatkan kerajaan mengenai kesan ke atas rakyat ekoran isu ini," katanya menerusi satu kenyataan media berasingan.


Jelasnya, Pas sudah lama mendesak Najib agar memberi penjelasan kepada ahli parlimen dan membentangkan hasil siasatan terperinci terhadap audit kewangan 1MDB, selain melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan gagal memberikan penjelasan.


"Kami bermula pada 9 Mei 2015, menerusi kenyataan media Presiden Pas, seterusnya di Kota Bharu pada 8 Julai 2015, Presiden sekali lagi menegaskan supaya 1MDB tidak memperjudikan nasib rakyat.


"Pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 11) di Tangkak Johor pada 5 September 2015, Presiden ada mengulas isu 1MDB dan akhirnya merumuskan perlaksanaan Islam sahaja yang akan mampu menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk isu 1MDB," katanya.


Katanya, penegasan demi penegasan dari Presiden Pas mengenai pelbagai isu negara termasuk 1MDB terus bergema seperti Perasmian Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai Dungun pada 18 September 2015, Perbahasan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2015.


"Tidak hanya itu, ada artikel beliau yang bertajuk Akibat Pisahkan Politik Daripada Agama pada tanggal 9 Mac 2016.


"Respons media beliau yang disiar Sinar Harian dengan tajuk 'PAS Tidak Terpengaruh Dedak Umno' pada 13 Jun 2016, termasuklah beberapa siri persoalan dan perbahasan Abdul Hadi di Dewan Rakyat sepanjang tahun 2015 hingga 2018," katanya.


Sehubungan itu, jelasnya, Pas mengharapkan agar perkara salah lapor ini tidak lagi berulang di masa hadapan kerana ia bakal mengundang fitnah dan seterusnya menghilangkan rasa hormat serta kepercayaan awam kepada kewibawaan akbar Sinar Harian sebagai sebuah akhbar yang meletakkan tag linenya Telus dan Tulus.


"Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam senantiasa bersikap terbuka dan mesra media.


"Pihak kami sentiasa ingin memperbaiki dan memperbaharui hubungan baik dengan semua pihak media selama mana media tersebut mematuhi etika kewartawanan yang tinggi dan akhlak pemberitaan yang baik," katanya lagi.


Nasrudin berkata Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan Pas sentiasa berdiri di atas pendekatan hujah dan justifikasi.


"Justeru, tidak ada apa yang perlu disembunyikan. Cuma isunya, media mestilah juga berdiri di atas prinsip bebas dan telus," katanya.

20 orang berkata:

Anonymous said...

Dubuk berebut bangkai. Dapat bangkai terus jinak

Anonymous said...

anon 9.09, kau jgn nak hina dubuk bang. dubuk tu memburu utk dapatkan makanan, depa berusaha utk survival. lebai pas tak perlu memburu, diorang berebut dedak dgn cara menyokong dan membodek kleptokrat. ada beza dubuk dan lebai pas.

Anonymous said...

Tapi nik abduh yg dedahkan dia, hadi dan ramai lagi baham dedak umno. Benda2 mcm ni tak dengar pulak zaman atgna. Lebai dah kena beli dgn najib. Atau itu yg dinamakan politik matang? Diam2 baham duit parti lawan?

Anonymous said...

Cuba layan youtube. Tengok macamana dubuk melayan bangkai secara berjamaah. Cuba lihat ekor dubuk tersebut ketika membaham bangkai. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi.

Anonymous said...

ya, dah layan dah youtube tngok cerita dubuk. tapi still lebai lagi hina dari dubuk sebab jual agama utk survival politik. dubuk memburu utk survival tapi lebai pas nganga mulut tunggu ditabur dedak.

Anonymous said...

pak karamu, lebai hadi mata dah kuning tu, tak sihat. kalau pas menang pru nanti kita kasi tuan brahim jadi PM ok tak? saya suka laa tuan brahim, lagipun dia masih muda dan sihat.

Anonymous said...

lagi baik kasi nik abduh jadi PM, dia mastermind yg kontrol segala galanya. dgn CIA pun dia ada kontek, jgn memain woo dgn anak tok guru nik aziz ni. hebat ni budak ni... takbirrr

Anonymous said...

mana wan rosli? lama tak singgah sini, dah mampus ke?

Anonymous said...

Pak karamu, betul ke nik abduh tu agen CIA? Apasal dia cakap cantu? CIA ada unit agama islam jugak ke? Atau pas mmg ada cawangan kat US sanun?

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2167] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 777 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL















KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2167] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 777 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Pak karamu, nik abuduh cakap dia ada contact org dlm CIA, maknanya dia barua US la kan? Org iran tak marah ke kalau geng kita kawan dgn US?

Anonymous said...

Dah ada persempadanan semula ni, tak mimpilah nak jadi king maker yek? Padan muka mung. Jadi king joker aje kot? Kih3

Anonymous said...

Karam di hulu. Karam di hilir. Wakakakaka angkut kain bajulah lobai

Anonymous said...

Hadi akan cakap "kami ada Allah"!

Bingai punya lebai, berusaha taknak, cuma nak bergantung pada Allah semata2. Lepas tu nganga mulut tunggu dedak umno. Lepas tu ada hati nak terus jadikan najib sebagai King of Kleptocrat!

An Anonymous said...

Asyik tuduh macam2 je.. tak de bukti ke? Tunjukla kita org nak tgk..

An Anonymous said...

Jemu lah baca komen walaun DAP ni.. asyik bg tuduhan kosong tanpa bukti.. DAP ajar macam ni ke? Husam pun dah belajar drpd DAP.. bukti transaksi 90 juta atau 200 juta dia tak nak bagi mahkamah london tapi sibuk pulak pasal audio mat sabu.. ehh audio nik abduh.. sampai bila la walaun DAP nak kena main dgn pemimpin2 PH gamaknya??

Anonymous said...

Bertaubat lah kamu sesungguhnya allah bersama2 pejuang islam.

Anonymous said...

Rajin walaun dap ni orang yang sama tapi buat komen komom ramai. Tapi bukti takda. Husam audio cetita sampay kelondon tapi buat tidak sekarang tengah canang satu kelantan nak jatuhkan kerajaan islam kelantan. Kes pil kuda apa cita dah bawak ke london ke.

Anonymous said...

Ambo takcaya langsung kat husam semua yang dia tuduh kerajaan kelantan hasil tangan dia sendiri zaman tgna husam berkusa penuh tu yang maruh sangat kat mb sekarang sebab tak dapat jadi mb.

Sahra in Dubai said...

Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.