Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ROS TERTEKAN KERANA DITEKAN ?


 BEKAS EXCO BERSATU PULA BERI TEMPOH KEPADA ROS KERANA DIKATAKAN GAGAL MENJALANKAN TUGAS.

KALI INI KELEMAHAN ROS PULA DIDEDAHKAN OLEH BEKAS EXCO BERSATU.

RASANYA JIKA ROS BERTEGAS TIDAK TIMBUL APA-APA MASALAH

SEKARANG RAKYAT SEDANG MENGIKUTI KELEMAHAN ROS, BERMULA DARI PUCUK PIMPINAN BERSATU SEHINGGALAH BEKAS EXCO PARTI ITU MELANYAK ROS

NAMUN !

ROS NAMPAK TERKIAL-KIAL UNTUK BUAT KEPUTUSAN.

 -Pak Karamu-

 

Beri ROS tempoh dua minggu

AddThis Sharing Buttons

Beri ROS tempoh dua minggu
 
Dari kiri, barisan bekas Exco Pemuda Bersatu, Muhd Syazwan, Mohamad Taufik, Muhammad Hafiz, Abd Wahazir Abd Wahabi, dan Bekas Ketua Penyelaras Pemuda Bersatu Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar menunjukkan bukti serta laporan yang dibuat kepada ROS berhubung perlanggaran perlembagaan Bersatu yang perlu diberi perhatian.
 
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Sekumpulan bekas pemimpin Pemuda Bersatu, memberi tempoh dua minggu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengambil tindakan terhadap parti itu berdasarkan ratusan laporan dan aduan berhubung perlanggaran perlembagaan parti itu yang telah dibuat sejak tahun lalu.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada empat bekas Exco Pemuda Bersatu Pusat dan seorang bekas Ketua Penyelaras Pemuda Bersatu Pahang.

Bekas Exco Pemuda, Muhammad Hafiz Azhar, berkata, sikap ROS yang disifatkan masih sengaja menangguhkan tindakan dan siasatan tidak boleh dibiarkan.

Menurutnya, alasan ROS kononnya diugut dan sebagainya tidak boleh diterima pakai sedangkan ramai ahli Bersatu terus teraniaya.

“Perkara ini sudah lama disuarakan. Kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan ada unsur sabotaj bagi menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan dengan aduan-aduan yang dikemukakan adalah tidak berasas.

“Kami masih ahli Bersatu, kami tahu semua ini tidak betul. Banyak bukti disertakan dalam laporan namun ROS masih gagal ambil tindakan. Jika dalam tempoh dua minggu tiada sebarang tindakan, kami akan berkumpul di depan pejabat ROS untuk himpunan aman mendesak ROS,”katanya dalam sidang media, di sini, petang tadi.

Seorang lagi bekas Exco Pemuda Bersatu Pusat, Muhd Syazwan Ahmad Zainal, turut mempertikaikan kredibiliti ROS kerana mendakwa bukti-bukti yang dihantar ke ROS dari awal aduan dibuat telah dihilangkan.

“Aduan berserta bukti dihantar kepada ROS sejak Oktober tahun lalu dan setiap minggu mereka panggil kami untuk disoal siasat dan minta bukti-bukti. Bila ditanya mana bukti yang telah dihantar, mereka kata hilang. Hari ini pun saya ada hantar bukti terbaru,”katanya.

Dalam masa sama, Mohamad Taufik Abas, sangsi dengan kenyataan Mahathir yang mempersoalkan aduan dibuat oleh 400 ahli Bersatu kepada ROS.

“Apa dimaksudkan dengan aduan yang sama? Jika cerita tentang perlanggaran perlembagaan, sudah tentu ia adalah sama. Jika yang dimaksudkan ‘copy paste’ bagaimana Tun boleh dapat laporan berkenaan. Ada perkara tidak betul yang berlaku jika beliau boleh tahu laporan yang sedang dalam siasatan,”katanya.

Mereka sebaliknya memuji sikap DAP yang disifatkan lebih matang dalam mengakui kesilapan dengan melaksanakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berbanding sikap ‘putar’ yang dinaungi dua bekas pemimpin utama negara.

Turut dinyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan keluar dari Bersatu, namun menolak kemungkinan penubuhan parti baharu dalam masa terdekat.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan yang mendakwa terdapat unsur sabotaj dari pihak yang cuba menggagalkan pendaftaran Harapan dengan ROS menerusi ratusan aduan yang dibuat berhubung perlembagaan Bersatu.

Calon perdana menteri Harapan itu juga menyifatkan ROS akan berpendapat Mesyuarat Agung Bersatu (AGM) tidak sah dengan aduan-aduan sama yang dilaporkan.

Sebanyak 47 daripada 249 aduan diterima ROS mengenai Bersatu adalah berkaitan perlanggaran perlembagaan parti itu.

HARAPAN SUDAH HILANG HARAPAN, SEBAB TAK TAHU BUAT KERJA

400 ADUAN ? ITU MEMANG BETUL-BETUL TAK TAHU BUAT KERJA ADMIN.

KALAU CAWANGAN ADA AHLI, KALAU BAHAGIAN ADA AHLI, APA MASALAH NAK ADAKAN MESYUARAT ?

CUBA CARI APA PUNCA KECOH SANA KECOH SINI,

KALAU PERATURAN DI IKUTI TIADA MASALAHPUN YANG TIMBUL, NI MESTI ADA KERJA GELAP YANG DIADA-ADAKAN.

SEKARANG BUKAN SALAH ROS LAGI, DULU BUKAN MAIN LAGI HENTAM SAMA ROS

ROS ITU LA, ROS INILAH  &*^%$#...@#%*& grrrrr !

HUH , TAK PATUT BETUL LA ROS NIH !

-Pak Karamu- 

 

SEMENTARA ITU:

 RoS terima 47 aduan terhadap Bersatu


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Sebanyak 47 daripada keseluruhan 249 aduan diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai parti Bersatu adalah berkaitan pelanggaran perlembagaan parti itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Ada cubaan gagalkan pendaftaran Harapan: Tun M

AddThis Sharing Buttons

Ada cubaan gagalkan pendaftaran Harapan: Tun M
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang dilihat cuba untuk menggagalkan pendaftaran Harapan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Calon Perdana Menteri Harapan itu juga melahirkan kehairanan mengenai surat aduan yang dihantar lebih 400 ahli Bersatu kepada ROS yang mempertikaikan Mesyuarat Agung Bersatu (AGM) kononnya tidak sah

“Sudah tentu ROS berpendapat bahawa AGM tak sah, maka permohonan untuk mendaftar Harapan akan terganggu dan tidak diluluskan.

“Kita hairan mengapa terdapat sehingga lebih 400 ahli Bersatu membuat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada ROS.

“Jadi nampak macam ada satu usaha, entah daripada pihak mana saya tidak tahu yang memberi alasan kepada ROS supaya tidak meluluskan permohonan untuk Harapan didaftarkan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Tun Mahathir berkata, isu sama yang dihadapi DAP berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC),  juga masih belum mendapat maklum balas daripada ROS.

“Bila kita jumpa ROS, dia sebut secara tidak langsung, tidak terangkan ada masalah dengan DAP dan Bersatu. Saya nampak DAP dah selesai (CEC), Tetapi masih tidak dapat surat apa pun. Bersatu pun tidak dapat surat.

“Saya khuatir, dengan ini kelulusan tidak akan diberi kepada penubuhan Harapan. Ini sudah tentu satu cara untuk BN menang dengan mengganggu pendaftaran Harapan,” katanya.

SAMAN JE PUNCA TUDUHAN TU ATAU CERITA TU BETUL !

AZMIN BADUT ?

AZMIN JOKER ?

AZMIN TAK LAYAK JAD MB SELANGOR ?

ZURAIDAH KATA ?

MACAM-MACAM LA @#$%&*$.......TIPU !

AKHIRNYA SEMUA TUDUHAN TERHADAP AZMIN TELAH DINAFIKAN ! ERTINYA AMANAH BETUL, PKR MELALUT ?

ALAH MUDAH JE NAK SELESAI !

CARANYA ?

PENGURUSI AMANAH SELANGOR SAMAN JE MEREKA YANG BUAT TKENYATAAN TU.

KALAU TAK SAMAN BERERTI TUDUHAN ITU BETULLAH !!!

HABIS LA CERITA !!!

-Pak Karamu-

 

Nafi panggil Azmin badut

AddThis Sharing Buttons

Izham
Izham
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menafikan beliau ada mengeluarkan perkataan joker atau badut terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Menerusi satu kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani berkata, Izham juga tidak pernah mempertikaikan kelayakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai menteri besar dan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor.

Sebaliknya, kenyataannya lebih tertumpu kepada teguran mengenai keberkesanan dan peranan dalam menangani isu semasa termasuk isu pengagihan kerusi Dun.

“Perkataan yang Izham gunakan adalah ‘lawak’ yang ditafsirkan sebagai badut oleh portal berkenaan sewaktu mengulas mesyuarat agihan kerusi sudah berlangsung sebanyak empat kali dan 80 peratus pembahagian kerusi telah selesai sedangkan rakan-rakan komponen Harapan tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Kami mohon tiada pihak menyerang sesama rakan sendiri tetapi tumpukan kepada usaha memperkasakan Harapan bagi menghadapi musuh utama BN dan sekutu mereka supaya Selangor dapat dipertahankan dan Malaysia diselamatkan,” katanya.

Jelasnya, teguran Amanah mengenai penubuhan jawatankuasa rundingan kerusi Dun dengan niat masalah diselesaikan segera melalui proses rundingan yang jelas dan teratur.

“Sejak dari awal Biro Pilihan Raya bermesyuarat, persoalan mandat ini dibangkitkan dan tiada jawapan yang jelas. Tanpa mandat yang jelas, rundingan yang panjang akan menjadi sia-sia kerana keputusan itu boleh dipertikaikan.

“Ianya bukan soal nama jawatankuasa seperti yang dinyatakan oleh Azmin tetapi lebih kepada persoalan mandat. Kekeliruan wujud kerana rata-rata wakil parti berfahaman bahawa peranan Biro Pilihan Raya hanyalah dalam menguruskan persiapan pilihan raya,” katanya.

Beliau menafikan tuduhan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mengatakan Amanah membangkitkan isu tersebut berkali-kali di media.


“Kenyataan itu tidak benar kerana perkara ini hanya dibangkitkan sekali sahaja di media sebagai menjawab pertanyaan wartawan berkenaan status rundingan kerusi di Selangor di mana saya menjawab jawatan kuasa rundingan kerusi masih belum ditubuhkan.

“Pihak Amanah telah menghantar surat meminta jawatankuasa khas ini dibentuk segera memandangkan Majlis Presiden sendiri yang memberikan tarikh akhir rundingan pada 31 Januari 2018, sebelum diberi tempoh tambahan sehingga 7 Februari ini.

“Ini bukan persoalan perebutan kerusi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi lebih kepada persoalan membaiki proses rundingan dan penentuan mandat yang jelas,” katanya.

Sementara itu, Izham ketika dihubungi memaklumkan, beliau tidak perlu membuat permohonan maaf terhadap Azmin memandangkan beliau tidak pernah melabelnya sebagai badut seperti yang dilaporkan media.

Terdahulu dalam sebuah portal berita, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai joker dan tidak layak menjadi menteri besar.

Beliau sebelum itu menafikan dakwaan Mohamed Azmin bahawa Amanah berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

BARU KO TAHU PENANGAN PAN HI HI HI

KAN KE AGAMA DAH CAKAP, BENAR ADALAH AMANAH BOHONG ADALAH KHIANAT !!!

KO NAK NGADU DENGAN SIAPA ?

PKR TAK DE KAWAN !

SEKURANG-KURANGNYA PAN ADA ABANG BUSAT !!!

-Pak Karamu-

 

Amanah berbohong... tak cakap benar

AddThis Sharing Buttons

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
(Ubah saiz teks) 
 
RAWANG - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau sudah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan jawatankuasa rundingan kerusi untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi namun isu lain berkaitan dengan PRU14.

Beliau berkata, rundingan kerusi merupakan  isu utama dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.
Bagaimanapun katanya, tiada persetujuan dicapai dalam kalangan parti Harapan.

"Tidak akan ada suatu jawatankuasa khas. Biar saya jelaskan... kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14. 

Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

“Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini. Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

“(Jadi) mereka menamakannya sebagai ‘jawatankuasa rundingan kerusi’. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama,” katanya seperti dilapor sebuah portal.

Beliau sebelum itu menempelak Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ‘berbohong’ dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

“Amanah berbohong... Amanah tidak mengatakan yang benar, Amanah tidak amanah.

“Bolehkah Amanah paling kurang memberitahu orang ramai perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?” katanya lagi seperti dipetik dalam portal tersebut.

Azmin membuat bidasan selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas rundingan kerusi Harapan yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah bertemu atau tidak.

Terdahulu beliau berkata, ‘lebih 80 peratus’ kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

“Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya,” katanya lagi.

Tun Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas rundingan kerusi Harapan di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti Harapan

Difahamkan, tiga parti Harapan enggan berunding kerusi dalam jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

BILA ULAMA MULA BERCAKAP, SIAPA YANG NAK DENGAR ?

SELAGI TIDAK DIPRAKTIKKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PASAL 3, MAKA SELAGI ITULAH ISLAM DI MAKI DAN DI HINA

SUDAH DUA ORANG ULAMA BERCAKAP TENTANG KEDAULATAN MAHKAMAH SYARI'AH NAMUN BELUM ADA YANG MENYAMBUT, BUAT LETIH BUANG AIR LIUR JE LA !

RUU 355 APA SUDAH JADI ? MASA TU SEMUA DIAM SELEPAS PANAS, MACAM HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMAPUN BISU ! LANGSUNG TAK KELUAR SUARA ! MACAM BERI KEMENANGAN DENGAN MAHKAMAH CIVIL JE !
MANA MARUAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN   PASAL 3 ?

MASA TU YANG TENTANG RUU355 PARTI PEMBANGKANG  TERUTAMA ORANG-ORANG CINA DAN ORANG MELAYU SENDIRI DARI PARTIPEMBANGKANG.

HARI NI UNTUK MENDAULATKAN MAHKAMAH SYARI'AH GILIRAN ULAMA PULA, TAPI SAMPAI MANA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SYARI'AH BOLEH DIPERJUANGKAN ? SAPA NAK PERJUANGKAN ? 

JIKA SETAKAT PUK,PEK PUK,PEK TAK YAH LAAAA !

ORANG BERKUASA BUAT DEK JE !!!
MEMALUKAN !!!
-Pak Karamu-



 Martabat semula mahkamah syariah setaraf mahkamah sivil

AddThis Sharing Buttons

Martabat semula mahkamah syariah setaraf mahkamah civil
Kenyataan media yang disiarkan menerusi laman web Jabatan Mufti Negeri Perak, hari ini.

(Ubah saiz teks)

IPOH - Susulan keputusan Mahkamah Persekutusan terhadap kes penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi, kelmarin, kerajaan negeri disaran supaya membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, pindaan tersebut berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.


Menurutnya, peruntukan Mahkamah Syariah perlu diperluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan dan tidak terhad kepada orang Islam sahaja.


"Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah.


"Saya secara peribadi dan dengan rasa penuh kecewa tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan dengan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira Gandhi kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Perak, hari ini.


Harussani turut menganggap keputusan itu sebagai satu pencabulan terhadap ketinggian agama Islam malah lebih menyedihkan apabila majoriti panel hakim yang membicarakan kes berkenaan beragama Islam.


Beliau berkata, dari kacamata Islam, apabila ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka anak mereka juga dikira memeluk Islam.


"Jumhur ulama berpandangan bahawa anak-anak adalah pengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu ataupun bapa. Kaedah Fiqh telah menetapkan si kecil akan mengikut salah seorang ibu bapa yang terbaik dari sudut agama. Ini bermakna, seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam adalah agama terbaik.


"Saya merasa hairan kerana Mahkamah Persekutuan kali ini menggunakan takrifan parent atau ibu bapa secara majmuk dalam kes ini sedangkan dalam kes lain seumpama ini iaitu kes R Subashini melawan T Saravanan pada tahun 2007, mahkamah sama membuat keputusan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh membuat keputusan menentukan agama anak tanpa perlu persetujuan pasangan," katanya.


Harussani berpandangan, keputusan Mahkamah Rayuan itu merugikan agama dan umat Islam malah boleh disifatkan sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.


Katanya, dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan.

INILAH KELEMAHAN BN/UMNO

HABISLA UMNO/BN KALI NH !!!
 
UMNO NI FAHAM KE TAK ISLAM, JANGANLAH PERBODOHKAN RAKYAT, ADA PENDAKWAHPUN BERSUARA SUMBANG.
 
 JANGAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT JIKAPUN SAYANGKAN KEPADA AGAMA.
SANGAT TIDAK KENA JIKA KITA KATA SELAMATKAN PEMIMPIN BN MAKA ISLAM TERSELAMAT WAIMMA PEMIMPIN ITU MELAYU !!!

KITA HARAP PENCERAMAH UMNO/BN INI FAHAM DENGAN APA YANG DIKATAKANNYA. NAMPAKNYA PENCERAMAH INI HUJAHNYA MEMBUATKAN ORANG MELAYU AKAN MENINGGALKAN UMNO/BN

MANA DIA BELAJAR NI !

SEPATUTNYA JIKA AGAMA MAHU DIPERTAHANKAN UBAHLAH DASAR PARTI KEPADA DASAR ISLAM, ATAU IKUTLAH PERLEMBAGAAN PASAL 3 DAN TERJEMAHKAN DIDALAM KEHIDUPAN TU BARU BETUL.

NI MUNG NAK KELENTONG SAMA RAKYAT KO !

PENCERAMAH NI SEOLAH-OLAH NAK BAGI BN/UMNO KALAH !!!!

-Pak Karamu-

  Sokong BN untuk terus pertahan Islam

AddThis Sharing Buttons

Sokong BN untuk terus pertahan Islam
Antara yang hadir pada Ceramah Isu- isu Semasa Menjelang PRU14 di sini, malam tadi.
(Ubah saiz teks) 
 
JELI - Rakyat perlu terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Umno BN untuk mentadbir kerajaan demi mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

Penceramah Umno yang juga Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamalrudin Omar berkata, rakyat perlu membuat pilihan tepat bagi memastikan Islam tertegak dengan baik.

"Kalau nak selamatkan Melayu, Islam dan negara, rakyat kena buat pilihan yang tepat, bagi sokongan pada Umno BN untuk terus memerintah.

"Generasi muda perlu diberi kesedaran. Pertarungan akan berlaku, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin  Melayu dan Islam dijangka bertanding dengan Ketua Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, " katanya dalam Ceramah Isu- Isu Semasa Menjelang PRU14 di sini, malam tadi.

Ceramah disertai yang turut disertai Pengerusi BN negeri yang Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan penceramah, Mohd Yusoff Solu itu dihadiri kira- kira 700 rakyat parlimen ini.

Kamalrudin berkata, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri,  cubaan untuk mengangkat pemimpin bukan Islam pernah menjadi isu.

"Pak Lah (Abdullah) pernah keluarkan kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap orang Melayu, Islam. Sebab ketika itu Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan Pakatan Rakyat nak serah jawatan TPM kepada DAP, " katanya.

"Kalau (rasa) nak gadai negara, beri (peluang) pada Pakatan Harapan, (tapi) saya harap ia tak berlaku di Kelantan, " katanya.

Dalam pada itu, sebelum mengakhiri ceramahnya, Kamalrudin mengingatkan tentang masa yang semakin suntuk untuk BN membuat perubahan.

"Kita tak banyak masa, yang penting jaga parti dan gerakan kita, berikan ketaatan, kita bekerja siang dan malam bagi memastikan perubahan berlaku di Kelantan untuk kita tawan negeri ini," katanya.

ROS ZALIM SEBAB BISU KATA MAHADET

 ROS TAK JAWAB PERMOHONAN PENDAFTARAN PAKATAN HARAPAN DIANGGAP ZALIM OLEH MAHADHIR.

SEBELUM INI ROS ADA BUAT KENYATAAN ADA 428  KESALAHAN MENYEBABKAN TAK DAPAT DILAYAN.

BEGITU BANYAK KESALAHAN SEPATUTNYA ROS KENA BUAT KETETAPAN HUKUM SAMA PAKATAN HARAPAN.

KALAU IKUT DALAM QURAN ZALIM ITU SAMA DENGAN HUKUM FASIK DAN KAFIR IA ITU TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ISLAM.

ERTINYA JIKA ROS BUAT ZALIM MAKA HUKUMNYA ADALAH BERAT,POKOKNYA, AWAT MAHADHIR TAK BUAT REPORT NGAN POLIS TERHADAP KEZALIMAN INI ?

-Pak Karamu-

 

ROS zalim terhadap rakyat: Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PETALING JAYA - Tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang 'membisu' mengenai pendaftaran Pakatan Harapan dianggap satu perbuatan zalim.

Ini kerana menurut Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat tidak akan boleh mengundi pemimpin Harapan sekiranya logo dan status Harapan tidak didaftarkan menjelang PRU nanti.

"Sampai sekarang, tidak ada jawapan daripada ROS (mengenai isu pendaftaran Harapan).
"Kita tak tahu sama ada simbol diterima dan parti diiktiraf secara rasmi atau tidak," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Harapan dilaporkan melakukan permohonan pendaftaran kepada ROS pada 24 Julai lalu.
ROS sebelum ini sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas berkenaan status pendaftaran tersebut.

Dalam surat berkenaan, ROS memaklumkan permohonan Harapan masih dalam pertimbangan.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.

Mahathir dalam masa sama turut mendakwa ROS sengaja berbuat demikian supaya Harapan menghabiskan masa menumpukan soal pendaftaran dan tidak dapat buat persiapan PRU.

"Saya berpendapat tindakan kerajaan ini adalah penganiayaan kepada rakyat kerana rakyat tidak akan dibenarkan memilih pemimpin yang tidak dapat bertanding.

"Saya anggap tindakan ini amat zalim," katanya lagi.

MANA ADA BINTANG ? MANA DATANGNYA BINTANG ?

TIADA ALASAN MAHADHIR MENJADI PIEM MALAYSIA. DIA SUDAH TIDAK LAYAK JADI PIEM

FULL STOP.

BINTANG HARAPAN ? CEDERA ? DIA MEMANG TAK MAHU JADI PIEM,SEBAB DIA SENGAJA CEDERAKAN DIRI DIA, DIA NAK BEREHAT DAH !

PAKATAN JANGAN MENGIGAU NAK PI DOK PUTERA JAYA, TERBUKTI RAKYAT MALAYSIA TAK MAHUKAN PAKATAN RAKYAT 

FULL STOP.

MACAM MANA NAK MEMERINTAH JIKA RAKYATPUN MENOLAK PH SEBAB RAKYAT TAHU UNDI PH  BERMAKNA UNDI DAP.

TERBUKTI PH TAK DAPAT SAMBUTAN RAKYAT, BUKTINYA JIKA BUAT CERAMAH UMUMPUN HADHIR HANYA 300 ORANG, TU CERAMAH UMUM APA NAMANYA ?

-Pak Karamu-

 

Pilih Mahathir kerana 'bintang harapan cedera'

AddThis Sharing Buttons
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
KUANTAN - Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang adalah disebabkan 'bintang harapan mereka cedera'.

Katanya, sekalipun pemilihan Dr Mahathir mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebilangan besar penyokong, barisan kepimpinan cuba membuat keputusan terbaik dalam situasi yang tidak ideal.

"Kita ibarat pasukan bola sepak yang berlatih bertahun-tahun namun apabila hendak masuk permainan, bintang harapan kita cedera atau kita terpaksa bermain dalam  keadaan padang tidak elok atau cuaca hujan lebat.

"Ramai yang mahu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) termasuk saya. Kalau boleh lakukan silap mata Anwar bebas esok dan terus mendapat pengampunan diraja lalu boleh bertanding pilihan raya, sudah tentu kita akan mencalonkan dia," katanya di hadapan kira-kira 300 orang yang hadir ceramah umum pembangkang di sini malam tadi.

Ceramah itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang antaranya Teresa Kok dan Fuziah Salleh jelas gagal menarik minat penduduk Kuantan untuk memenuhi kerusi yang disediakan di depan pentas  dengan rata-rata yang datang pula memilih untuk ‘mendengar dari jauh’.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pemilihan Dr Mahathir juga dibuat bersandarkan kajian yang mendapati tiga tokoh Melayu yang mendapat perhatian anak muda ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Dr Mahathir dan Anwar.

Ini sekali  gus menjadikan gabungan Mahathir-Anwar sebagai gabungan ideal pakatan, katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum pakatan itu dijangka dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun depan namun peruntukan undang-undang menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya selama lima tahun selepas dibebaskan. - Bernama

MULA PKR MEMBODOHKAN PAS ADALAH DARI LANGKAH KAJANG !

Sekarang ! musuh PAS no: 1 adalah PKR !!!

RAKYAT MALAYSIA AKAN DIBERITAHU PENGKHIANATAN PKR TERHADAP PAS DALAM ISU LANGKAH KAJANG.

PADA MASA ITU PKR DAN DAP DIKATAKAN BERSEKONGKOL UNTUK MEMPERBODOHKAN PAS DAN PIMPINANNYA ?

RAKYAT SELANGOR AKAN DIBERITAHU PAKTA PENIPUAN ITU NANTI, KHUSUSNYA APABILA HAMPIR PILIHANRAYA DENGAN PAKTA.

MEREKA BERJAYA MELAKUKAN DEMIKIAN SETELAH BERJAYA MEMPENGARUHI PIMPINAN PAS DARI GOLONGAN SEKULAR YANG KEMUDIANNYA MENUBUHKAN PAN.

RATA-RATA KUMPULAN PKR DAN DAP MASA ITU MENGATAKAN GOLONGAN PAS TAK CUKUP CERDIK MEMERINTAH SEBAB PAKAI KETAYAP DAN KAIN DAN SELIPAR. 

ADA DIANTARA AHLI PAS YANG TELAH TERPENGARUH DENGAN DAP DAN PKR KERANA DIPENGARUHI SUPAYA TINGGALKAN PAS, DAN PAS MAKLUM HAL INI.

DARI HARI INI KEHADAPAN PAS PERLU MEMERANGI DUA GOLONGAN INI BERSAMA PAN SEBAB MEREKA INI ADALAH PENGKHIANAT SEMENTARA BERSATU ADALAH DEDALU.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMASUKAN MAHADHIR DALAM PAKATAN RAKYAT MENYEBABKAN SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA GOLONGAN CINA AKAN MEMBOIKOT PAKATAN HARAPAN. AMIN !!!!

-Pak Karamu-

 

AMK diminta hentikan jenaka

AddThis Sharing Buttons

Mohamed Sukri Omar
Mohamed Sukri Omar
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - "PKR sebenarnya yang khianat rakyat Selangor menerusi pelaksanaan Langkah Kajang,"demikian reaksi Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mengulas kenyataan Setiausaha AMK Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa Pas mengkhianati dan mencalar muafakat  telah dibentuk dalam kerajaan negeri, Sukri berkata, pimpinan AMK itu sepatutnya menghentikan lawak jenaka dan satira politik jelek.

"Usahlah nafikan pengkhianatan dilakukan PKR di Selangor. Cukuplah mandat rakyat dikhianati dan Langkah Kajang sebagai satu contoh untuk tunjukkan siapa pengkhianat sebenarnya.

"Hentikanlah merendahkan rakyat kerana mereka bukan budak-budak yang boleh digerakkan mengikut selera kelaparan berkuasa yang menafikan kepentingan rakyat,"katanya menerusi satu kenyataan kepada media.

Beliau berkata, AMK Selangor mungkin dalam keadaan separa sedar ketika mengeluarkan kenyataan  dan didakwa masih mabuk dengan konflik kem-kem dalam parti.

Menurut Mohamed Sukri, kanak-kanak kecil mungkin lebih memahami bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah mandat daripada PRU 13 yang lalu.

"Eloklah AMK selesaikan isu-isu semasa pentadbiran untuk penggal terakhir dengan membantu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. mereka juga boleh adakan 'Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor' bagi pastikan jentera benar-benar wujud untuk pertahankan kewibawaan menteri besar.

"Saya bimbang mereka akan terkial-kial cari petugas saat pilihanraya umum menjelma dan apabila 'boss' mereka mula bersuara.

"Sepatutnya AMK bantu selesaikan krisis perdana menteri dalam Harapan terlebih dulu sebelum tuding jari kepada Pas," katanya yang menyifatkan anak muda menyokong Harapan dilihat kini mula protes selepas pengumuman nama calon perdana menteri Harapan.

Mohamed Sukri berkata, pihaknya yakin reputasi cemerlang Adun serta Exco Pas Negeri Selangor tanpa pengkhianatan menunjukan parti itu sedia membawa era baru pemerintahan lebih telus dan berintergriti demi rakyat. "Cukuplah mencipta 'luka kecil' buat rakyat, dirisaukan ianya akan jadi barah sukar dirawat.

"Orang melayu Islam kaya dengan adat, budaya dan budi pekerti. Jangan jadikan khianat sebagai adat pemimpin politik,"katanya.

Beliau sebelum itu berkata, jentera Pas sudah bersedia 100 peratus untuk bertugas dan memenangkan parti dan mana-mana rakan yang bersama dengan perjuangan mereka.

PAKATAN HARAPAN MULA SERANG PEH, BODOH PUNYA PARTI

 
AWATNYA HANG TAK MAKI HAMUN PEH LAGI ? 
 
MAKI LA LAGI, BIAR TAMBAH PAHALA !
 
YANG HANG DOK SEBOK PASAI PEH PASAI APA ?
 
HANG DAH TEBIAT KA ?
 
HANG TAHU NEGARA NI DEMOKRASI, SAPAPUN BOLEH LETAK CALON.
HANG JANGAN MENYEBUK. 
 
LA NI SEMUA ORANG TAHU, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP !
ISHHH, BAHAYA SUNGGUH !!!
 
-Pak Karamu-

‘Pas mahu jadi kerajaan, ini kata Mahathir...’

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Pas hanya memasang angan-angan Mat Jenin, demikian respon Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Pas yang mahu menjadi kerajaan pada PRU14, nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Pas sentiasa bercita-cita tinggi walaupun parti itu sedar bahawa mereka tidak mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

"Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah Pas, mereka sentiasa memerintah 'negara mereka'.

"Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding," katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, Pas mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.


Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan Pas menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

"Tujuan utamanya, Pas menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang," katanya lagi.

KONSENSUS MENGIGAU MALAM

PROVOKE YANG BODOH  UNTUK MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA BN AKAN TUMBANG PADA PRU 14.

CADANGAN YANG BODOH JIKA DI IKUTI OLEH KERAJAAN YANG ADA BERMAKNA NAJIB AKAN DI COP SEBAGAI PIEM YANG PALING BODOH DALAM DUNIA.

JIKA DASAR LUAR NEGARAPUN  TERPAKSA DITAKLIMATKAN KEPADA SEORANG YANG KONONNYA AKAN MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI  BAKAL PIEM MAKA ITU MENUNJUKKAN BAHAWA PEMERINTAH YANG BAHARU PALING BANGANANG DALAM DUNIA, NAK JADI ABU NAWAS ?

OTAK UDANG CAMPUR TAIK KAT KEPALA
-Pak Karamu-

 

Najib perlu beri taklimat dasar luar negara kepada Tun M

AddThis Sharing Buttons

Najib, Mahathir
Najib, Mahathir
(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi taklimat kepada calon perdana menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara.

Menurut kenyataan bersama Liew Chin Tong (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad, (Amanah), Datuk Dr Rais Hussin, (Bersatu) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PKR), tindakan itu adalah untuk menjamin konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU14.

“Kerajaan sedia ada perlu melibatkan Harapan dalam dasar luar negara untuk memastikan konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna.

“Bagi menjamin dasar-dasar luar negara yang telah ditetapkan kerajaan sekarang, beliau (Najib) bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada calon perdana menteri Harapan serta ahli-ahli Parlimen lain supaya tiada sebarang kesan negatif berlaku kepada rakan-rakan negara asing,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pada masa sama, kenyataan itu juga menyebut bahawa dalam mana-mana demokrasi matang, semua ahli Parlimen akan duduk bersama di dalam jawatankuasa dasar luar negara Parlimen untuk meneliti dasar-dasar luar negara kerajaan sedia ada dan membina konsensus yang luas.

“Untuk memastikan negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan, dalam mana-mana demokrasi matang ketua pembangkang biasanya akan diberi taklimat oleh kerajaan berhubung dasar luar negara dan isu-isu keselamatan.

“Amalan-amalan sebegini patut dicontohi dan dijadikan sebahagian dari amalan institusi kerajaan kerana perubahan kerajaan pada PRU akan datang tidak mustahil,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.