Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA ULAMA MULA BERCAKAP, SIAPA YANG NAK DENGAR ?

SELAGI TIDAK DIPRAKTIKKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PASAL 3, MAKA SELAGI ITULAH ISLAM DI MAKI DAN DI HINA

SUDAH DUA ORANG ULAMA BERCAKAP TENTANG KEDAULATAN MAHKAMAH SYARI'AH NAMUN BELUM ADA YANG MENYAMBUT, BUAT LETIH BUANG AIR LIUR JE LA !

RUU 355 APA SUDAH JADI ? MASA TU SEMUA DIAM SELEPAS PANAS, MACAM HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMAPUN BISU ! LANGSUNG TAK KELUAR SUARA ! MACAM BERI KEMENANGAN DENGAN MAHKAMAH CIVIL JE !
MANA MARUAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN   PASAL 3 ?

MASA TU YANG TENTANG RUU355 PARTI PEMBANGKANG  TERUTAMA ORANG-ORANG CINA DAN ORANG MELAYU SENDIRI DARI PARTIPEMBANGKANG.

HARI NI UNTUK MENDAULATKAN MAHKAMAH SYARI'AH GILIRAN ULAMA PULA, TAPI SAMPAI MANA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SYARI'AH BOLEH DIPERJUANGKAN ? SAPA NAK PERJUANGKAN ? 

JIKA SETAKAT PUK,PEK PUK,PEK TAK YAH LAAAA !

ORANG BERKUASA BUAT DEK JE !!!
MEMALUKAN !!!
-Pak Karamu-



 Martabat semula mahkamah syariah setaraf mahkamah sivil

AddThis Sharing Buttons

Martabat semula mahkamah syariah setaraf mahkamah civil
Kenyataan media yang disiarkan menerusi laman web Jabatan Mufti Negeri Perak, hari ini.

(Ubah saiz teks)

IPOH - Susulan keputusan Mahkamah Persekutusan terhadap kes penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi, kelmarin, kerajaan negeri disaran supaya membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, pindaan tersebut berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.


Menurutnya, peruntukan Mahkamah Syariah perlu diperluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan dan tidak terhad kepada orang Islam sahaja.


"Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah.


"Saya secara peribadi dan dengan rasa penuh kecewa tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan dengan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira Gandhi kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Perak, hari ini.


Harussani turut menganggap keputusan itu sebagai satu pencabulan terhadap ketinggian agama Islam malah lebih menyedihkan apabila majoriti panel hakim yang membicarakan kes berkenaan beragama Islam.


Beliau berkata, dari kacamata Islam, apabila ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka anak mereka juga dikira memeluk Islam.


"Jumhur ulama berpandangan bahawa anak-anak adalah pengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu ataupun bapa. Kaedah Fiqh telah menetapkan si kecil akan mengikut salah seorang ibu bapa yang terbaik dari sudut agama. Ini bermakna, seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam adalah agama terbaik.


"Saya merasa hairan kerana Mahkamah Persekutuan kali ini menggunakan takrifan parent atau ibu bapa secara majmuk dalam kes ini sedangkan dalam kes lain seumpama ini iaitu kes R Subashini melawan T Saravanan pada tahun 2007, mahkamah sama membuat keputusan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh membuat keputusan menentukan agama anak tanpa perlu persetujuan pasangan," katanya.


Harussani berpandangan, keputusan Mahkamah Rayuan itu merugikan agama dan umat Islam malah boleh disifatkan sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.


Katanya, dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan.

14 orang berkata:

Anonymous said...

ulamak semua sibuk cari makan, maklumlah sara hidup dah tinggi dan bini pun makin ramai. terpaksa cari upah tambahan kat majlis2 tahnik sebab elaun MP pun dah ciput.

tak payah cerita ruu355 la pak karam, ruu355 tu ulamak dah lepas tangan, depa nak suruh kleptokrat yg uruskan.

Anonymous said...

Pakatan Harapan tolak RUU355 kerana lebih tertumpu kepada menaikkan hukuman dan denda.
Pakatan Harapan sudah berapa kali tegaskan yang perlu dibawa adalah Rang Undang-undang dalam memperkasakan Mahkamah Syariah!
Kenapa dituduh pula agen kapir !
Bodoh puak seperti ini tak tahu nak bezakan mana yang lebih perlu diutamakan !
Dasar dedak - Bodoh sombong !

Anonymous said...

Puak dedak dah jadi pasu bunga dlm parlimen. Sekali sekala angkat tangan pun untuk undi berkecuali. Nak tengok puak dedak berbahas?... ermmm mmg takde laaa

An Anonymous said...

Harap pas dapat teruskan perjuangan utk ruu 355.. biarpun jika umno berhenti sekalipun daripada bersama merintis jalan ke ruu 355..

Biarkan shj ph dan umno bersama2 perjuangkan ruu 164 sehingga terjadinya tragedi spt anak2 indira gandhi tu..

Anonymous said...

Tepat sekali....khas utk penjual agama akhir zaman.

Anonymous said...

PAS, UMNO, Khalid Ibrahim = P.U.K.I?

Anonymous said...

Tepat sekali....khas utk penjual agama akhir zaman.

Anonymous said...

penjual agama mcm parti PAN yg ada Khalid samad tu ker?

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2291] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 777 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

An Anonymous said...

7:43,

Baru setakat menaikkan hukuman dan denda utk memperkasakan mahkamah syariah pun DAP dan sekutunya dah naik gila di dalam dewan parlimen, lagi mau cakap pasal rang undang2 ke..?

Kalau bongok tu simpan sikit abe..

Anonymous said...

Ruu 355 tu ada juga yang berkaitan dgn agama. Tapi janganlah gunakan sebagai senjata untuk mengkafirkan dan tanam orang di jirat cina. Janganlah juga digunakan untuk melabel orang sebagai tunduk pada dap atau kafir harbi.

Imam syafie tidak pernah melabel pengikut imam hambali, imam maliki dan hanafi yang tidak mengikut pandangannya. Perbezaan pendapat dalam islam tidak boleh dijadikan pemutus tali persaudaraan islam, apatah lagi untuk mendakwa seseorang itu kafir atau sebaliknya. Jangan gunakan agama untuk kepentingan politik walaupun politik itu ada dalam agama. Jangan jual atau perdagangkan agama hingga agama menjadi rosak dari pandangan masyarakat.

An Anonymous said...

Dengan perkembangan terbaru kini maka boleh kita satukan umno dan dap dan pan punyai sehatu sejiwa dlm mendokong ruu 164.. malangnya tampak ustaz ahmad awang tak berkenan kpd ruu 164.. maka bila hampir pemilihan pan nanti bolehlah buat satu ngo baru PANMA... yg dinaungi oleh G18 juga lah..

PAK.KARTA RUSDIANTO said...

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.

Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*** Angka Ritual Gaib Singapura

*** Angka Ritual Gaib Hongkong

*** Angka Ritual Gaib Malyaisia

*** Angka Ritual Gaib Sidney

*** Angka Ritual gaib Kuda Lari

raybanoutlet001 said...

oakley sunglasses wholesale
seahawks jersey
true religion jeans
nike shoes
oakley sunglasses
titans jersey
kate spade outlet
supreme clothing
nike trainers
giuseppe zanotti outlet

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.