Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINTA HAPUS SEMUA SAMAN EKOR

Kase gesa PDRM hapus semua saman perangkap laju

April 25, 2011
 
KUALA LUMPUR, 25 April – Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik langkah Polis Diraja Malaysia menamatkan sistem perangkap laju, yang menjadi punca rungutan notis saman ekor sambil mendakwa ia membuktikan dakwaan pihaknya selama ini adalah benar.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pengumuman yang dibuat Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar membuktikan sistem perangkap laju dikuatkuasakan selama dua dekad sebenarnya sesuatu yang tidak wajar dan mahu semua saman kerana perangkap laju dibatalkan.

“Pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara itu juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar.“Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenaka

n mana-mana pihak, tetapi bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat, tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan polis selama ini bukan pendekatan yang baik dan wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Khalid berkata pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” katanya.

Selama ini banyak pihak mempertikaikan notis saman dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Kase yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

 Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, langkah terbaru yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menimbulkan beberapa persoalan baru termasuk status saman ekor yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Justeru beliau mendesak agar saman-saman ekor sebelum ini dihapuskan kerana ia dibuat secara tidak telus.

“Apabila Timbalan Ketua Polis Negara mengumumkan teknik menyorok tidak akan digunakan, apakah status saman ekor yang dikeluarkan dahulu? Apakah status ‘saman ekor’ yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan?

“Kase berpendapat bahawa saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara dibuat hendaklah dihapuskan.

“Ini kerana saman-saman ekor tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Selain itu tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, pihaknya juga mahukan penjelasan daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung penguatkuasaan had laju yang berkuatkuasa Februari lalu menggunakan Sistem Penguatkuasaan (AES).

AES dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

“Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2011 dengan menggunakan AES di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu had laju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas.


“Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak Februari lalu? Tidakkah ia bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. “Adakah dengan pengenalan dan pelaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap had laju?” soal Mahfuz.

Selain mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor, Mahfuz berkata pihaknya juga menuntut agar lebih banyak kempen penerangan dibuat berkaitan AES dan Akta Pengangkutan Jalan kepada rakyat.

“Kase berpendapat Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.”

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.