Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERHIMPUNAN PERKASA MUNGKIN BATAL,

Kempen ‘1Melayu 1Bumi’ boleh gugat 1 Malaysia, kata Rais

View Image

 KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.

“Oleh itu,  tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di sini hari ini.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.

“(Bagaimanapun) kita tidak seharusnya dengan cepat mengatakan bahawa ia akan menghakis gagasan 1 Malaysia. Malah, Dr Mahathir sendiri mengatakan ia bukan idea yang baik . . . harus melihat ke depan menerusi gagasan 1 Malaysia terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan “1Bumiputera” — menyahut idea “1Melayu, 1Bumi” disyorkan oleh editor Utusan Malaysia walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini.

“Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera.

“Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia.  Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.