Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Loji nadir bumi: DAP dakwa kerajaan BN hanya kejar keuntungan

TERKINI @ 02:13:40 PM 28-04-2011
April 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 April — DAP mendakwa laporan perlombongan nadir bumi bakal dimajukan di Bukit Merah dekat Ipoh ketika isu loji Lynas Corporation masih panas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat negeri ataupun pusat hanya “mengejar keuntungan” dengan sanggup mengetepikan keselamatan publik.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya kerajaan yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi di Pulau Pinang. 

“Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan loji Lynas di Gebeng, Pahang,” kata beliau.

Dalam maklumannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 April, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek meneroka dan perlombongan di Bukit Merah.

Syarikat Hong Kong tersebut melalui anak syarikat tempatan, CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon lesen kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri bagi membolehkan mereka meneroka kawasan yang dijangka meliputi 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah juga merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pelupusan sisa radioaktif yang berjumlah RM300 juta. 

Sebaik memperolehi lesen, CVM Mineral dan PKNP akan menandatangani perjanjian bagi menetapkan terma dan syarikat dalam melaksanakan projek tersebut. 

CVM Mineral dipercayai akan menjadi pemegang saham utama sementara PKNP akan menguruskan 135,300, 000 saham CVM iaitu kira-kira 4.73 peratus dari keseluruhan saham syarikat itu.

Aktivis alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth Milk yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian. 

Baru-baru ini kerajaan persekutuan telah mengumumkan bahawa laporan lengkap sebulan dari Lynas hampir siap dan diikuti dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

“Bukan hanya rakyat Perak, malah seluruh rakyat Malaysia menentang keputusan yang pendek fikiran ini,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan BN seolah-olah bertindak “buta dalam mengutamakan masalah lingkungan hidup, keselamatan dan kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.”
Justeru, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Perak harus bangkit semula bagi mengembalikan kerajaan PR di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengelakkan projek pelombongan nadir bumi terus beroperasi di Perak.

“Pada mulanya Pahang dan sekarang Perak. Pelombongan nadir bumi ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan tanpa mengadakan rundingan yang sewajarnya kerana risiko yang bakal ditanggung amat tinggi.

“Hanya negeri diperintah Pakatan Rakyat yang mengambil sikap tegas dan tanpa berkompromi menentang pemprosesan dan pelombongan nadir bumi ini,” katanya.

Kata Lim, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah bertindak lebih maju dengan terlebih dahulu menulis surat kepada kerajaan 

persekutuan untuk menentang setiap kemudahan loji nuklear untuk ditempatkan di negeri ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.