Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN CARI PERSOALAN BODOH

PAS dalam PR semakin menjadi persoalan

Kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat semakin menjadi persoalan pada masa kini, ekoran keresahan yang semakin meluas dalam kalangan ahli parti itu berhubung faedah yang diperolehi PAS berbanding parti lain.

Menjelang muktamar tahunan PAS pada Jun ini, isu kedudukan PAS dalam PR sekali lagi akan menjadi tumpuan.

Dua pandangan utama dalam parti itu bersaing dalam mengendalikan peranan PAS dalam PR yang dikuasai PKR, melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kelebihan kerusi parti itu di beberapa negeri yang disebut sebagai negeri dikuasai PR.

PKR diikuti DAP menguasai Selangor manakala DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak sebelum dirampas kembali oleh BN dikuasai DAP walaupun meletakkan menteri besar dari PAS. Kelantan dan Kedah pula dikuasai oleh PAS.

Anwar menguasai PR di peringkat pusat dalam banyak hal, paling jelas projek 16 September, 2008, bertujuan menarik ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai PR - terutama PKR - untuk membolehkan PR menubuhkan kerajaan pusat dan Anwar menjadi perdana menteri.

Pendirian tidak bersetuju beberapa tokoh PAS dikecam banyak pihak yang menyokong projek 16 September sebagai mensabotaj agenda PR dan menjadi agen Umno.

Projek dikenali dengan nama popular 16 September atau 916 diilham dan digerakkan oleh Anwar dalam usaha menjatuhkan BN dan menubuhkan kerajaan pusat PR pimpinan beliau.

Persaingan kumpulan yang menyokong dan kritikal dengan ide itu mencetuskan krisis dalam PAS sehingga kedudukan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikecam hebat.

Abdul Hadi dan kumpulan digelar ulama dalam PAS turut dikaitkan dengan usaha bekerjasama dengan Umno dan membelakangi kerjasama dalam PR.

Ide dibawa Abdul Hadi yang dikemukakan sebagai kerajaan perpaduan ditolak dan ditafsirkan sebagai usaha membina pakatan politik antara PAS dengan Umno untuk kepentingan yang sempit.

Kumpulan yang kritikal dengan susunan kuasa dalam PR kini melihat gabungan itu didominasi PKR dan DAP dalam isu-isu nasional dan juga di negeri PR seperti Selangor, yang PAS didakwa dipinggirkan.

Di Selangor, pendirian dan inisiatif PAS berhubung arak dan bisnes yang dikaitkan dengan maksiat dikecam hebat rakan PR lain terutama DAP, meletakkan parti Islam itu sentiasa dalam keadaan defensif.

Di peringkat nasional, isu penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik mencetuskan kekecohan berpanjangan dan menyebabkan PAS dikritik kerana didakwa tidak tegas dan mengambil pendirian yang tidak tepat kerana bersetuju dengan tuntutan Katolik tersebut, pandangan yang dilihat dikuatkan lagi oleh Anwar.

PAS pula dikritik oleh ramai ilmuan Islam - termasuk yang prokerajaan dan daripada kumpulan bukan kerajaan Muslim - ekoran sikapnya yang dilihat berlembut dalam hal itu, sikap yang dilihat disebabkan oleh kepentingan politik pragmatik.

Sikap PAS itu turut diambil kesempatan oleh Umno yang mengecam keras apa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan PAS terhadap Islam.

Perkembangan terkini yang menyaksikan pembahagian undi Cina yang hampir sepenuhnya diberikan kepada parti pembangkang seperti DAP dan undi Melayu yang semakin mengukuh pada Umno dijangka bakal mencetuskan persoalan-persoalan kritikal berhubung kedudukan PAS dalam PR, terutama melibatkan kerjasama dengan DAP.

PAS dilihat mula memujuk pengundi Melayu selepas dikecam hebat Umno dan ekoran debat hangat dalam parti berhubung persepsi ramai yang parti itu semakin kurang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Dua program besar dengan tema Melayu diadakan di Selangor, medan persaingan paling sengit melibatkan PAS dengan parti PR lain, yang terbaharu bertema PAS sebagai pengganti Umno sebagai parti utama orang Melayu.

Progam tersebut walau bagaimanapun dilihat sebagai terlambat dan sukar untuk menangani persepsi ramai yang melihat PAS semakin kurang mewakili kepentingan Melayu dalam usaha memenangi undi bukan Melayu dan akibat tekanan DAP dan PKR.

PAS memperkukuhkan kedudukan penyokong bukan Melayu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dalam parti itu dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Program itu turut menyampaikan jaminan PAS kepada pengundi Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

PAS menguasai dua negeri Melayu yakni Kelantan dan Kedah, dan berpotensi untuk menguasai sebuah lagi negeri iaitu Terengganu yang pernah dimenangi pada 1999 tetapi dirampas kembali oleh BN pada 2004.

PAS juga mempunyai asas yang kuat melalui ahli yang ramai di Selangor, tetapi bersaing dengan PKR untuk memenangi sokongan orang Melayu di negeri itu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

persoalannya apakah Pakatan mahu menang atau cuma main-main saja?

Jangan jadi bodoh... jangan pentingkan kedudukan, jangan pentingkan banyak atau sikitnya kerusi..yang penting tumbangkan BN dulu ada lima tahun untuk memikirkannya, disana nanti kamu bincanglah apa yang patut.. kerana kamu sudah menang...

kalau sekarang kamu jadikan ianya satu kekusutan, satu permasaalahan, satu halangan maka saya yakin kamu tidak akan dapat menumbangkan BN.

Dengan bersatu saja kamu akan dapat menumbangkan BN tapi kalau kamu asyik tunjukkan kekalutan kamu, sibuk dengan pucuk pimpinan, perebutan kerusi, sibuk dengan hal perkara dalaman, siapa yangg aptut jadi pemimpin, siapa yang patut jadi presiden, siapa yang layak jadi timbalan presiden dan sebagainya cukup memualkan, buang masa.... Sepatutnya hal ini tidak perlu disibukkan biarkan saja tak perlu diadakan pemilihan parti buat masa sekarang... bila saja berlakunya pemilihan maka sibuklah fitnah sana fith=nah sini sehinggakan pihak pariti sendir menjadi kelam kabut dan ini memberikan peluang kepada pihak lawan unt5uk emngambil kesempatan dengan membawa belbagai isu yang akhirnya anda sendiri tak dapat menepisnya. Dan ini memberikan peluang PR13 mencelah masuk!!!!maka tidak mustahil rakyat akan menolak kamu. Sekarang inilah saatnya yang terbaik untuk kamu tunjukkan kebolehan atau tunjukkan kelebihan kamu kerana pergolakan MCAdengfan Muhyiddin sedang sibuk diperkatakan sekarang ini... Inilah peluang untuk Pembangkan mencari jalan untuk terus memainkan isu-isu MCA iniu....MCA dalam keadaan nazak sekaran ini... maKA sepatutnya kamu semua berikan tekana kepada BN berkaitan MCA sekarang ini.Berikan peluang untuk rakyat memilih,jadi tunjuklah yang terbaik sebagai contoh untuk rakyat mrenilai siapa Pakatan Rakyat itu??

Belum pun menang sudah kelam kabut bagaimana mahu memerintah nanti. Bersatu teguh bercerai roboh.. bersdatu pun susah nak menag inikan pulak kamu kata aku aku kata kamu. BN gelak, BN ketawa... Bn bertepuk tangan. Aapakah ini yan kamu semua inginkan yakni'perpecahan'?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.