Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT PENGARUH MEDIA

ADA PEMIMPIN YANG TIDAK BOLEH TIDUR MALAM KERANA PENGARUH MEDIA

Pergolakan politik tanah air sudah bermula sekalipun cuba ditutup oleh para pucuk pimpinan negara, ini adalah ekoran MCA mengajak seluruh rakyat di negara ini memboikot Utusan Malaysia, isunya tersangat besar sehinggakan mencetuskan isu 1 Melayu 1 bumi yang mana konsep ini diserahkan kepada PERKASA sebagai memulakan mukadimahnya dan PERKASA akan mengadakan himpunan 30,000 di Kedah tidak lama lagi

Percaturan dalam berpolitik di negara ini akan mengakibatkan suasana yang tidak setimpal jika tidak dikawal dengan baik, ini ekoran ada usha mahu mengundang parti DAP untuk menyertai BN dan DAP dikatakan pada peringkat awalnya akan mengadakan sidang tergempar untuk tujuan ini dan Nik Aziz pula dikatakan mengundang MCA supaya menyertai Pakatan Rakyat

Usha UMNO yang telah gagal untuk mengundang PAS dalam memadukan tenaga melayu menyebabkan tercetusnya isu KERAJAAN PERPADUAN yang disyurkan oleh Tuan Guru Haji Awang juga menemui kegagalan dan isu tersebut sudah dilupakan yang mana isu ini sedikit sebanyak mungkin mencurigakan DAP dan PKR kerana risikan hanya berjalan diantara UMNO dan PAS

Buat masa terkini yang benar-benar merasa cemas ialah BN/UMNO atas isu yang dibangkitkan oleh lidah resmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, ekoran dari syur MCA meminta rakyat memulaukan akhbar resmi UMNO tersebut, kesannya semua rakyat tidak menjangka bahawa isu ini menjadi isu keramat yang mana UMNO telah mula menjinakkan DAP supaya menyertai BN dan Nik Aziz pula meminta MCA menyertai PR sekalipun UMNO masih ada yang tertidur lena kerana ada diantara mereka yang mengatakan bahawa Cina Bodoh yang menyertai DAP

UMNO nampaknya tersangat marah dengan MCA ekoran parti itu meminta rakyat Malaysia memulaukan akhbar Utusan sekalipun UMNO berkata Utusan hanya berpandangan sendiri namun apabila timbalan Perdana Menteri menyokong Utusan maka UMNO sudah tidak boleh berdalih dan berselindung lagi bahawa Utusan adalah lidah resmi mereka yang sah yang telah dan akan dipotong oleh MCA, jadi pimpinan UMNO ada yang sedang memendam rasa, dalam masa yang sama mereka membuat perancangan untuk menggantikan MCA dengan DAP

UMNO tahu diantara parti Cina maka DAP yang paling berpengaruh, jadi sudah tentulah UMNO berminat dengan DAP, UMNO tidak boleh langsung mengharapkan kepada GERAKAN kerana  ahli GERAKAN sudah ramai yang menyertai DAP terutama di Pulau Pinang dan MCA pula sudah menjadi duri didalam daging kepada UMNO ini adalah gara-gara pengaruh media Utusan yang terlampau cemas dengan nasib bangsa melayu secara melampau

Sementara itu MIC sudah memberikan amarannya kepada pehak tertentu akibat pergeseran ini boleh menyebabkan berulangnya peristiwa seperti 13 May 69 setelam mereka nampak peranan Utusan ini tersangat merbahaya kepada rakyat dan negara




0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.