Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEHH ! APA DAH JADI AGAMA ORANG MELAKA ?

Bongkar!! Penyelewengan Wang Zakat Di Melaka - Posted by Addin

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah. Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004.


Dalam blognya hari ini, Shamsul mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan. “Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

“Manakala projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta.


“Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM,” katanya yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Menurut Shamsul, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi.

Namun katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan./KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.