Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYRIA TERUS BERGOLAK

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh lawat Syria

27/04/2011 10:25pm

KUALA LUMPUR 27 April - Kementerian Luar hari ini mengeluarkan nasihat kepada rakyat Malaysia supaya menangguhkan buat sementara waktu lawatan ke Syria sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik juga menasihatkan supaya penuntut Malaysia yang telah tamat pengajian dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat Syria yang telah selesai urusan di negara itu supaya kembali secara sukarela ke Malaysia memandangkan keadaan keselamatan di negara itu yang semakin meruncing.

Kenyataan itu berkata kementerian juga sentiasa memantau perkembangan terkini situasi keselamatan di Syria berikutan rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di sana.


Setakat ini, pihak kedutaan di sana melaporkan bahawa kesemua 650 orang rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam rusuhan yang berlaku, kata kenyataan itu.

Pihak kedutaan juga sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Syria serta menasihatkan mereka agar sentiasa peka dan waspada dengan keadaan semasa.

Bilik Operasi Kementerian Luar boleh dihubungi 24 jam di talian 03-8887 4570/ 03-8889 2746/ 03-8887 4770/ 03-8889 2830/ 019-278 4566. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.