Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMBARA TARBAWI BERSAMA TUAN GURU HADI AWANG


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/KEMBARA%20TARBAWI%202011.jpgBuat kali kedua, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Program Tarbiyyah berbentuk ‘OutDoor’, iaitu Kembara Tarbawi Bersama Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, YB Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2011.

Kembara ini akan diadakan di Cengal Besar, Hulu Dungun yang terletaknya Pohon Cengal yang Terbesar di Asia Tenggara.

Kali pertama, kembara ini telah diadakan di Ayer Putih, Hulu Kemaman pada tahun lepas, yang telah menampilkan lebih 30 buah kenderaan Pacuan empat roda 4X4, yang terdiri daripada pelbagai Kelab Pancuan Empat Roda, seumpama PADAT, RANGGOT dan lain-lain.

Kembara pada kali ini, akan dilancarkan sejurus selepas Kuliah Dhuha Tuan Guru Presiden di Rusila pada Jumaat, 13 Mei 2011, pada jam 10.30 pagi. Kemudian, kembara ini akan bertolak ke Masjid Kampung Nyior, yang Tuan Guru Presiden akan menyampaikan Khutbah Jumaatnya di masjid tersebut, dan semua peserta akan berjamu selera tengahari di sana.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/IMG_1716.JPGSelepas itu, Kembara akan bertolak ke Felda Ketengah Jaya, untuk agenda Hi-Tea Bersama Tuan Guru Presiden. Satu agenda yang semata-mata untuk mendekatkan lagi masyarakat Felda dengan Tuan Guru Presiden.

Sesungguhnya Kembara ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani, mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta dan memupuk kesedaran serta rasa pertanggungjawaban terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik.[Gambar - Kembara Tarbawi 2010]

Setelah berada di Ketengah Jaya, kembara akan terus ke Cengal Besar. Di sanalah, para peserta Kembara berpeluang berada di sisi Tuan Guru Presiden, terutama melihat peribadi Tuan Guru secara lebih dekat lagi.

Akhirnya, kembara ini akan berakhir pada jam 02 petang, yang akan dipenuhi agenda-agenda yang menarik ketika berada bersama Tuan Guru Presiden di Cengal Besar.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kembara ini, bolehlah merujuk kepada Ketua Urusetia, Ust Faisal Mizan Ambak di talian 019-9085023, atau Pengarah Kembara ini iaitu, Saudara Wan Mohd Hadib Wan Zain di talian 013-9395693.

Jom Kite Bersama Tok Guru!

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.