Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERTAI PAS SEBELUM TERLAMBAT

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/buletin9.JPGKEMAMAN - Anak-anak muda khususnya di negeri Terengganu tidak perlu bimbang dan ragu untuk menyokong perjuangan Islam kerana hiburan serta kesenian tidak ditolak mentah-mentah.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata hiburan dan kesenian dibenarkan dalam Islam selagi tidak menyeleweng.

Oleh itu, katanya tidak ada sebab anak-anak muda perlu merasa bimbang dan ragu-ragu menyokong perjuangan Islam.

Menurutnya, Islam membenarkan segala bentuk hiburan dan kesenian yang tidak bercanggah dengan agama.

“Kita (PAS) menerima hiburan dan kesenian yang sedia ada dan tidak menolak hiburan. Tetapi hiburan yang kita tolak adalah hiburan yang bercelaru, hiburan yang melalaikan hingga membawa kepada maksiat.

“Kita buat hiburan yang boleh memperteguh dan memperkuatkan parti kita (PAS) untuk ingat kepada Allah SWT, untuk kita pastikan bahawa kita penyambung perjuangan (Islam) ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konsert Keinsafan Malam Kesenian Islam bersama artis ‘Pak Long’ dan bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa di Dataran Surau Haji Muda Geliga, Kuala Kemaman pada 24 April lalu.

Menurutnya, kehadiran anak-anak muda yang ramai pada malam kesenian Islam tersebut sebagai petanda ke arah satu perubahan.

Katanya, hiburan yang disajikan oleh PAS adalah berkonsepkan berhibur sambil mendengar nasihat ‘amal ma’aruf nahi mungkar’.

“Ini (kesenian) bukti PAS tidak tolak hiburan. Hiburan adalah sebahagian dari makanan rohani (jiwa) yang boleh memberi ketenangan dan semangat menegakkan perjuangan Islam,” ujarnya.

Dipertengahan konsert tersebut turut diselit dengan tazkirah politik oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani dihadapan lebih 2000 hadirin anjuran MTD Chukai, Kemaman.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.