Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value
 
SHAH ALAM – Pas menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, yang mahukan Kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, umat Islam perlu sokong sepenuhnya cadangan tersebut.


“Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Mungkin ini adalah cadangan seumpama itu yang pertama daripada Umno Johor. Beliau menongkah arus dan saya ucapkan semoga beliau

berjaya.

“Selain itu, saya berharap beliau mengangkat isu ini lebih Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’ tinggi, dan Pas akan terus menyokongnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerima hakikat akan ada pihak yang akan menentang perlaksanaan cadangan tersebut.


Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12, Khamis lalu.


Dalam sebuah portal kelmarinAyub dipetik sebagai berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan 'hudud sebenar', yang didakwanya berbeza dengan

hudud Pas.

Tuan Ibrahim berkata, beliau berharap Ayub benar-benar mahu mengangkat isu ini dan bukannya sekadar bertujuan mahu menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya

Umum Ke-13 (PRU13).

“Cadangan dia amat betul, tapi malangnya beliau berada di kumpulan dan situasi yang salah. Kalau mahu, kita alu-alukan beliau sertai Pas,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang dari Umno, Hamim Samuri menegaskan sebagai umat Islam, menyokong perlaksanaan hukum hudud adalah wajib, namun dalam keadaan semasa di negara ini, ia terpaksa ditangguhkan.


Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah memberi pemahaman Islam dan kepentingan perlaksanaan hudud kepada bukan Islam sepenuhnya.


“Selain itu, faktor lain seperti hakim, pelaksana dan peralatan perlu juga diberi perhatian. Kita mahu hudud ini benar-benar berasaskan Islam kerana ia wajib,” katanya.