Monday, August 26, 2013
Ketua Wira Perkasa Mahu Najib Letak Jawatan Sebab Dah Gadai Segalanya..
Bersemangat betul Ketua Wira Perkasa ni membelasah Najib dalam kenyataan
medianya ini.. habis segala apa yang dah dilakukan oleh Najib
dipertikaikannya.. lebih dari pembangkang pulak..
Setelah lima tahun berlalu baru beliau sedar bahawa Najib telah menggadai hampir kesemua kepentingan orang Melayu hanya kerana mahu meraih undi dari kalangan bukan Melayu..
Tapi... aku rasalah.. kalau dia ni dilantik sebagai Senator bersama Ezam Mat Nor yang dah dilantik sebagai Senator untuk penggal ke dua tu.. diamlah dia..
Setelah lima tahun berlalu baru beliau sedar bahawa Najib telah menggadai hampir kesemua kepentingan orang Melayu hanya kerana mahu meraih undi dari kalangan bukan Melayu..
Asalamuaalaikum,
1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India .
Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.
Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik.
Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.
Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.
Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen.
Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian, Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.
Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan.
Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain.
Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.
Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri..
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
IRWAN FAHMI IDERIS KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA
Tapi... aku rasalah.. kalau dia ni dilantik sebagai Senator bersama Ezam Mat Nor yang dah dilantik sebagai Senator untuk penggal ke dua tu.. diamlah dia..
0 orang berkata:
Post a Comment