26 Ogos 2013
Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi
Abd Shukur Harun, | 26 Ogs 2013 |
Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung
dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd
Mursi lebih sebulan yang lalu.
Rancangan
untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera,
walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang
dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi
berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan
Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera
sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak
dulu.
As-Sisi
sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh
sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut
kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal
Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.
Menurutnya,
sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan
yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya
seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota
Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama
memerangi umat Islam di Palestin.
Menurut
Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang
melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir.
Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai
rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling
kejam yang akan menghancurkan Mesir.
Gamal
Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir
sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan
Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.
Sebab
itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai
memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah
As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap
Ikhwan Muslimi.” Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir
akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian
dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui
hal ini.
Ada
laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum
rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv
dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel
mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan
Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin
Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada
Israel.
Rampasan
kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan
sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser
sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan
Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik
sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan
beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.
Menurut
Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi
juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan
membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.
Laporan
media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan
oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi.
Menurut
laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di
lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan
penyokong Dr. Mursi.
Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru
bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh
MINA.
Seorang
lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada
kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis
bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu
kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.
Ketika
Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua
Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu
kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan
dan Bahrain.
Demikianlah
yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual
dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam
keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi
kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera
yang didalangi oleh Israel.
Seperti
kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas
hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak
selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang
tidak boleh dinafikan sama sekali.
Ingatan
Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan
ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu
selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum
di dalam kehidupan dunia ini saja,” – Surah Toha, ayat 72.
Kini
selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin
banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara lansung
dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat
Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran
sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru,
malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam
yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan
Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.
0 orang berkata:
Post a Comment