Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UJIAN TUHAN ADA DIMANA-MANA


Kejadian ribut hanya ujian ALLAH SWT
Kejadian ribut hanya ujian ALLAH SWT
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man melawat mangsa kejadian ribut di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi kononnya kejadian ribut di Kompleks Pas Kedah yang menjadi venue Muktamar Pas ke-63 sebagai bala.

Sebaliknya, kata beliau kejadian itu hanyalah satu ujian daripada ALLAH SWT dan  berada di luar kawalan manusia.

"Kita harap perkara ini tidaklah dispekulasikan oleh orang ramai, kita doakan kesihatan mangsa-mangsa yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut itu di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak di laman sosial termasuk penyokong beberapa parti pembangkang yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai bala ALLAH​.

Tuan Ibrahim  bersama-sama  Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari , 
meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat seorang mangsa di Wad 6C, Zainaton Man, 45, yang patah buku lali kanan dalam kejadian ribut itu.

Dalam kejadian  kira-kira 7.25 malam semalam, 19 orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri apabila sebuah khemah menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU_Haraki) di  Kompleks Pas Kedah ranap dipukul ribut.

Tuan Ibrahim berkata hanya seorang daripada 13 mangsa yang dirujuk ke HSB semalam masih dirawat di hospital berkenaan, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

Katanya keadaan keseluruhan kawasan kompleks Pas Kedah terkawal dan Muktamar Pas ke-63, yang akan berakhir esok, berjalan seperti dijadualkan.

Pihak urusetia muktamar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Anggaran kerugian belum diketahui.
"Kita jangkakan selewat-lewatnya petang ini atau pagi esok gerai-gerai jualan boleh dibuka seperti biasa," katanya. - Bernama

Sementara itu, Zainaton berkata ketika kejadian beliau bersama suami, Zaharid Ahmad, 48,  dan empat anak mereka sedang berada di sebuah gerai di bawah khemah utama itu, sebelum ribut tiba-tiba melanda dan  meranapkan khemah tersebut.

"Suami saya sempat membawa empat anak masuk ke dewan utama manakala saya tidak sempat menyelamatkan diri dan dihempap khemah tersebut," katanya.

3 orang berkata:

Lan said...

Begitu jugak apabila berlaku banjir di PP . X payah lah nak kata Tuhan bayar cash ke apa . Bila kena diri sendiri Ujian lah , disaster lah apa lah . Orang lain yg di katakan jahil pun x kata apa2 dekat PAS bila ada musibah tapi PAS bila kena dekat musuh melalak lah ...ini bala lah apa lah ....dakwah apa macam ni

bob said...

Jahanam Pan....Allah bg jahanam tunai...pada Pas

Anonymous said...

Lain kali jgn jahannamkan orang. Itu peringatan Allah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.