Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERJUANGAN BERSATU KABUR


SUDAH DIJANGKAKAN, JIKA MEREKA 
BENAR-BENAR NAK BERJUANG DALAM POLITIK
MEREKA BOLEH PILIH MANA PARTI YANG MEREKA INGINKAN, TAPI MEREKA SEBENARNYA ADA AGENDA
YANG TERSEMBUNYI DARI PUCUK PIMPINAN MEREKA YANG GILA KUASA, SEBAB ITU
PENGURUSINYA JANGAN NAK TEMBERANG !

BERSATU PASTI AKAN HANCUR' LEBIH BAIK
MEREKA KELUAR PARTI DAN MASUK MANA-MANA PARTI YANG SEDIA ADA
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’
‘Saya keluar Bersatu bukan sebab nak jawatan’
Kamarul Azman Habibur Rahman umum letak jawatan dalam sidang media, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengasas parti Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan peletakan semua jawatan beliau dalam parti termasuk jawatan sebagai setiausaha kerja kerana kabur dengan perjuangan Bersatu. 

Antara jawatan lain yang ditolak beliau adalah jawatan Ketua Bahagian Bersatu Teluk Kemang, Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu.

Menurutnya, beliau keluar parti bukan kerana kecewa tidak ada jawatan dalam parti tetapi  beliau yang meninggalkan semua jawatannya di dalam parti.  

"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak ada jawatan malah sayalah ahli yang paling banyak jawatan dalam parti, tapi Bersatu masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.

“Ada masalah dalam Bersatu yang tidak ditangani dengan baik terutamanya ada pemimpin dalam parti ini berasakan sudah lama dalam politik dan mengetepikan pandangan ahli lain dalam parti,” katanya.

Tambahnya lagi, seramai 821 ahli Bersatu seluruh negara berhasrat untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Setakat malam semalam, seramai 821 orang dijangka akan turut keluar parti. Namun, akan ada satu sidang media untuk pengumuman rasmi,"tambahnya lagi. 

Sementara itu, beliau menyatakan tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus dengan NGO, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

"Saya ingin gerakkan semula GKCM dan kembali pada perjuangan asal NGO itu iaitu berjuang demi rakyat,"katanya lagi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Baru lagi belum nampak mementum nya. Kalau parti yang dah 20 tahun lebih masih bercelaru...itu kacau

Anonymous said...

Dia keluar parti Bersatu takde pun pemimpin2nya melabel mcm2, dipanggil pengkhianat, barua dan sebagainya. Beza betul dgn akhlak pemimpin parti lebai2 korupsi 90juta.

Anonymous said...

Betul tu

Anonymous said...

Pangang mmg duk buntot dap . Dap suh jilat nyer pakat jilat la jwb nyerr.. kikiki

Anonymous said...

Pas parti lebai2 rasuah duit curi duk buntot UMNO,MCA, MIC, GERAKAN..Parti kafir BN suh jilatnyer pakat jilat la lebai2 dan walaun biol..kikiki

Anonymous said...

Duit byk. Suma kita bule beli. Gunung emas pun kita bule beli

Anonymous said...

Pas pun boleh barai, apa nak heran dgn parti baru mcm bersatu. Tapi bagus jugak sbb taik2 dlm badan boleh keluar sendiri sblm pru14. Klu keluar lepas pru lagi susah....

Lan said...

Yg paling kabur aekarang perjuangan PAS lah sebenarnya . Nak lawan UMNO macam x nak lawan , nak kawan macam nak lawan . Pemimpin nak istihar nak kawan dengan Umno takut yg bawah lari berterabur keluar , ahli bawah nak lawan Umno tapi pemimpin dok genyit2 mata dengan Umno . Tu x kabur ke ????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.