SEBUT SAHAJA INVOKE SEMUA TAHU
BERITA DARINYA ADALAH
KELENTOOOONG !
INVOKE DI UJUDKAN HANYA UNTUK
JATUHKAN PAS DAN PIMPINANNYA
INVOKE ADALAH PERANG SARAF PKR YANG
DITERAJUI OLEH KAKI KELENTONG
IAITU RAFIZI RAMLI.
SEKARANG SEBUT SAHAJA INVOKE, SEMUA ORANG TAHU
IA ADALAH ALAT PERANG SARAF RAFIZI/PKR
LEPAS INI INVOKE AKAN JADI KAKI SEBOK !!!
-Pak Karamu-
Kajian Invoke hanya perang psikologi
KOTA BHARU - Dapatan kaji selidik Invoke Malaysia mungkin sahaja akan
ditafsirkan sebagai satu perang psikologi bagi melekakan BN atau untuk
melemahkan semangat Pas.
Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), UUM Dr Kamarul
Zaman Yusoff, berkata, dapatan kaji selidik iaitu 10,523 pengundi
mengenai kebolehpindahan undi antara parti pembangkang yang dilakukan
oleh Invoke for Policy Initiatives tidak perlu dipandang serius oleh
rakyat.
Ini kerana menurutnya, diketahui ramai bahawa Invoke adalah milik Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap
keneutralan kaji selidik tersebut.
“Sebagai pemimpin tinggi PKR, tentu akan ada tuduhan bahawa dapatan
kaji selidik tersebut berpotensi digunakan bagi melonjakkan imej PKR
sebagai peneraju utama Pakatan Harapan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang dijangka tukar kerusi saat akhir]
“Tuduhan ini tidak boleh dipandang remeh kerana PKR didapati paling
diterima oleh pengundi parti komponen Pakatan Harapan lain, iaitu 87.2
peratus pengundi DAP, 80.4 peratus pengundi Amanah dan 80.3 peratus
pengundi Bersatu,” katanya.
Katanya, berdasarkan dapatan kaji selidik itu, maka Amanah kelihatan
paling menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi tetapi tidak
mendapat balasan sama dari ketiga-tiga parti komponen lain, khususnya
PKR.
Tambahnya, masalah kelihatan berlaku di dalam hubungan antara PKR dan
Amanah bila hanya 61.0 peratus pengundi PKR sahaja menerima Amanah
berbanding 80.4 peratus pengundi Amanah yang menerima PKR.
Begitu juga katanya, dengan hubungan antara PKR dan Bersatu yang turut
tidak seimbang bila hanya 66.3 peratus sahaja pengundi PKR menerima
Bersatu berbanding 80.3 peratus pengundi Bersatu terima PKR.
Jelasnya lagi,hubungan antara DAP dan Amanah juga kelihatan tidak
seimbang bila hanya 65.5 peratus pengundi DAP sahaja menerima Amanah
berbanding 81.5 peratus pengundi Amanah yang terima DAP.
Begitu juga dengan hubungan antara DAP dan Bersatu yang kelihatan tidak
seimbang bila hanya 61.4 peratus pengundi DAP sahaja menerima PPBM
berbanding 69.8 peratus pengundi Bersatu yang menerima DAP.
Kesemua ini katanya, mendedahkan ketidakikhlasan antara sesama parti
komponen PH, khususnya DAP terhadap Bersatu dan Amanah serta PKR
terhadap Amanah dan Bersatu.
Oleh itu, dalam pada ia menunjukkan penerimaan semua komponen Pakatan
Harapan terhadap PKR, dapatan kaji selidik berkenaan juga menunjukkan
belang sebenar bukan sahaja PKR tetapi juga DAP terhadap parti-parti
rakan mereka.
1 orang berkata:
Invoke dibuat berdasarkan pertandingan 3 penjuru. Oleh sbb invoke positif, maka PH perlu pastikan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi di malaysia.
Jangan bagi pas menang walaupun satu kerusi. Kita nak tengok bibir hadi tukar kala jadi biru
Post a Comment