Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIANTARA PUCUK PIMPINAN PKR YANG AKAN DIPENJARA


KALAU ORANG BAIK TAKKAN AKAN DIPENJARA


-Pak Karamu-

Geli hati dengan kenyataan Rafizi
Rafizi
PKR Vice President, Rafizi Ramli claimed that suing Malaysia Today website operator, Raja Petra Kamaruddin is a waste of money.
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mengakui berasa geli hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa pimpinan Pas menerima wang rakyat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, sekiranya Rafizi boleh membaca, ahli parlimen PKR itu sudah tentu faham yang Pas konsisten dan komited menentang kezaliman BN melalui siri-siri kenyataan rasmi  pimpinan parti.

"Malah di dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda Pas pagi tadi menunjukkan komitmen kami sekiranya ada pimpinan Pas menerima duit BN, kami sendiri akan "menendang" keluar dari barisan kepimpinan Pas.

"Dengan syarat buktinya jelas, bukan fitnah tanpa asas seperti yang dilakukan Rafizi . Ini asas kami parti yang memperjuangkan Islam. Ia telah dijawab Setiausaha Agung Pas bahawa.

"Nasharudin Mat Isa tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Pas," katanya dalam satu kenyataan balas, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, menjelaskan pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.


Sementara itu, tambah Mohamed Sukri lagi, membaca kenyataan Rafizi juga sudah cukup membuatkan beliau geli hati.

"Kenyataan lucu Rafizi boleh dilihat apabila Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly dari PKR ditahan SPRM.

"Di mana ketelusan Rafizi jika benar melawan segala bentuk penyelewengan? Tetapi sebaliknya yang berlaku adalah kenyataan Rafizi mendakwa Adam adalah bekas ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly dulu ahli Pas: Rafizi]

"Pas komited dan konsisten berkata benar di hadapan pemerintah walau ada di kalangan kami pernah yang dibunuh, ditembak, dipenjara tetapi bukan dengan cara dan budaya kami menabur fitnah tanpa asas serta merangka strategi bagi menghalalkan matlamat politik kotor," katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Org berani mcm rafizi tak takut masuk penjara utk menegakkan kebenaran demi rakyat.

Org penakut dan bacul spt aku dan lebai2 fulusikum tak berani tegakkan kebenaran sbb takut penjara.

Anonymous said...

Kalau kita byk komitmen mcm hutang kereta mewah, hutang banglo, bini 3-4 orang, memang susah kita nak putus. Kalu putus maka putuslah fulusikom kita. Sapa nak suap 3-4 orang bini kita turr? Bank kejar kereta mewah kita kang...

So acah2 pun jadi la kannn

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.