Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENDEDAHAN DARIPADA ORANG CINA ? Yuen Yuet Leng ?

23 April 2017

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969 | MyMassa

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969

Kami telah menerima sebuah buku baru bertajuk "DAP BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA" oleh kumpulan think-thank AIDC.

Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU 1969.
Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.
"Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969," katanya dalam program "Cerita Tanah Airku" di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.
Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan 'aksi berlebihan' daripada masyarakat Melayu.
"Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat marah.
Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis," katanya.
Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. "Ia memerlukan usaha tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.
Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa menghilangkan perkauman," katanya lagi. 

Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).
Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.
Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.
Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.
Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang (Setiusaha Organisasi).
Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU 1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.
Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik tabir.
Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu menjaga karier politik mereka.

Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.
Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada 'dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka' itu merujuk kepada Heng Kai, Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.

Dapatkan banyak lagi pendedahan mengejutkan antaranya bagaimana Kit Siang membunuh karier Devan Nair, serta kata-kata nista ahli-ahli DAP ke atas orang Islam pada tahun 1969. Kumpulan think-thank AIDC yang menerbitkan buku tersebut menyatakan 99.9% isi kandungan buku tersebut adalah benar dan sahih antaranya dari sumber Cawangan Khas tahun 1969 serta pendedahan ahli-ahli DAP yang telah berpaling tadah.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Eloklah SPRM siasat kebenaran cerita ni termasuklah cerita lebai2 rasuah dlm parti lebai Pas jual agama 90juta. Rakyat hanya nak tahu kebenaran.

Anonymous said...

Hahaha...cerita zaman komunis? Cukup terdesak nak menang PRU.
Baik publish cerita zaman Yap Ah Loi ke, Permeswara ke, Hang tuah ke....

Politik taraf lutut...kesian....TERDESAK JIBS?

Anonymous said...

British kapir biaya siapa dulu ? Tok Janggut kena bunuh dgn siapa?

Anonymous said...

Lemah betul otak lebai2 kita ni. Dah merdeka 60 tahun pun otak masih zaman penjajah, zaman komunis. Patut la nak buat lebuh raya pun terjun laut...

Pening rakyat klate dpt pmpn otak tahun 1960an cam ni

Anonymous said...

Najib dah nak buat keretapi laju kat kelantan, pak lebai sibuk bukak kitab sejarah zaman hang li po. Apa daaa

Anonymous said...

Org dah tanam durian kunyit dalam pasu kat depan rumah, pak lebai masih tanam durian kunyit kat dalam hutan. Jauh betul ketinggalan...

Anonymous said...

Org bodo je percaya.

Anonymous said...

Pak karam....
Skrg sapa mintak bantuan komunis china?
Dap ke?

Anonymous said...

Pak karamu, tanya boleh?
Skrg ni tahun berapa?
1969 ker?

Anonymous said...

Dari segi sejarah, pas memang tak boleh dipercayai. Buktinya pd tahun 1974, pas kerjasama dgn umno. Org dia jugak bg cadangan tukar nama perikatan jadi BN.

Tak mustahil pru14 perkara yg sama boleh berlaku.

PH perlu hati2 supaya tak kena kencing.

Anonymous said...

Dulu org tak caya.
Skang ada lebai google.
Lebai google ada simpan rekod lebai2.
Lebai tak boleh kelentong dah.
Lebai youtube lagi hebat. Bulat2 suma orang bole tahu. Org buta pun tak boleh ditipu.

Anonymous said...

Cuba tanya lebai google dan lebai youtube

Anonymous said...

Saya dan keluarga dah bukan ahli pas lagi. Tak mungkin saya undi pas walaupun pas bagi bukti tahun 1969.

Anonymous said...

Malas dah nak panjat pokok pasang bendera bulan. Penat panjat pun kena panggil barua. Baik pasang bendera cap timbang. Ada juga duit masyukkkk.

Anonymous said...

ape korang bodoh x abis2.. cerita kat atas tu kelua pasal sampai sekarang abg lim x pujuk2 pas..wat dono kat pas.. itu je la barua2 oi.. bukan lasal ape pun.. cuba abg lim pujuk dia.. setle la..
hasan ali tau la tahap mana cinta pas kat abg lim hehehe.. korang je x tau dan pi layan cerita kat atas tu, itu lan luahan cerita marah2 sayang pas pada abg lim tu hihi..

Lan said...

Dr Burhanuddin Al Helmy pun masuk ISA , Dari awal lagi saya mmg x setuju dengan ISA . So apa cite pun dari ISA terutama SB2 ISA mmg x boleh pakai . Bab ISA ni saya istiqamah menentang . Tapi belum ada ahli DAP yg angkat senjata ttg ISA ni . Ahli PAS , Ustaz Ibarahim Libya syahid d Memali sebab lawan ISA . Tapi sayang pengorbanan beliau apabila sekarang PAS mulai menyokong ISA pulak ....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.