1MDB: Kerajaan jangan hidup dalam sindrom penafian
ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Pusat mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian berhubung isu 1MDB.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan
susulan beberapa petunjuk menunjukkan berlaku salah guna kuasa.
"Kami bimbang kerajaan terus berhutang yang majoritinya atas riba.
Perbuatan itu mengundang peperangan dengan ALLAH SWT selain menolak
keberkatan negara," katanya, ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar
Pas Pusat, di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu).
Menurutnya, kerajaan BN didakwa mentadbir negara tanpa takwa sehingga berlaku pelbagai kemudaratan dalam negara.
"Pemerintahan yang utamakan kekayaan dan langgar tadbir urus yang baik
seperti kes 1MDB, bebanan hutang AS$11 bilion menyumbang kepada
kegawatan negara dan rakyat yang tanggung bebannya, pelabur pula hilang
keyakinan," katanya.
Mahfodz berkata, pelbagai ancaman yang berlaku dalam negara langsung tidak menimbulkan kegerunan pada kerajaan BN.
"Sepatutnya kerajaan yang bawa konsep wassatiyah guna pndekatan patuh
syariah. Negara yang baik dan sejahtera beroleh keberkatan ALLAH SWT dan
terhasil dari pemerintahan tadbir urus yang baik," katanya.
Menurutnya, serangan pemikiran yang menongkah penghayatan akidah akan
terus menjadi cabaran sama ada peringkat individu mahupun organisasi.
"Dibimbangi unsur itu menyerap dalam kerajaan BN yang dilihat gagal
bina negara sejhtera selain pelbagai kerosakan serta kegawatan ekonomi
namun tidak menginsafkan BN untuk jadikan Islam sebagai panduan,"
katanya.
1 orang berkata:
BN tak ada kena mengena. Target Kita ialah menumbangkan kelantan. Jangan bagi satu kerusi pun kpd pas di malaysia. Kita mesti kalahkan hadi dan geng2nya. Biar dia insaf dgn apa yg dia dah buat.
Post a Comment