Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR ORANG KATA APA-APA ASALKAN YANG TAHU HANYA KITA

Anggap itu semua asam garam politik: Anina
Anina Saadudin
Anina Saadudin

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin mendakwa apa yang berlaku terhadap dirinya merupakan satu asam garam dalam berkecimpung di arena politik tanah air.

Menurutnya, perjuangannya di dalam bidang politik bukanlah untuk diri sendiri tetapi buat semua rakyat Malaysia juga.

"Setiap ahli politik akan melalui ombak dan badai tetapi saya  bersyukur kerana sokongan rakyat kepada saya tidak pernah berganjak.

"Malahan lebih ramai yang menaruh harapan supaya saya berjaya menentang kerajaan kleptokrasi ini.

"Justeru, saya anggap apa yang berlaku ini hanyalah asam garam dalam perjalanan politik," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Kerja Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa episod Anina di dalam Bersatu adalah malang sewaktu sidang media mengumumkan pengunduran beliau dari parti itu.

Menurutnya, Anina merupakan mangsa dalam percaturan politik dan perebutan kuasa di parti tersebut.

Sementara itu, Anina mendakwa beliau kini memandang ke hadapan dan fokus dengan perjuangan mengundurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tidak wajar untuk saya memandang ke belakang, sebaliknya saya perlu terus menyusun langkah ke hadapan untuk merempuh apa sahaja tembok yang dibina oleh Najib  dalam mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasinya.

"Pesan saya kepada Najib supaya hati-hati dengan harimau yang tidak takut mati, pantang mengalah, saya kekal bersama (Penasihat Bersatu) Tun Mahathir Mohamad dan (Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tanda2 pas akan kalah sudah semakin jelas. Kami tak mampu nak buat apa2. Kami serah pd takdir sajalah. Mungkin elok kalah utk bagi pengajaran kpd pemimpin atas2 yg sudah semakin sombong, angkuh, riak dan takabur.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.