Sinar Harian Dibawa Sebagai Pihak Ketiga
- Butiran
- Diterbitkan: April 2017
- Ditulis oleh Dewan Ulamak PAS Pusat
Sinar Harian Dibawa Sebagai Pihak Ketiga
Mahkamah Sesyen Ipoh pada 18 April 2017
telah membenarkan permohonan Pesuruhjaya Pas Perak, Haji Razman Zakaria
untuk membawa masuk Sinar Harian sebagai pihak ketiga dalam kes saman
oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara negeri Perak, Dato' Seri
Nizar Jamaludin terhadapnya.
Sinar Harian dibawa sebagai Pihak Ketiga
kerana ia merupakan pihak yang menyiarkan berita bertajuk 'Pendekatan
Nizar Mirip DAP' yang menjadi asas tuntutan Nizar terhadap Razman.
Dalam prosiding hari ini, peguam Nizar
membantah permohonan tersebut atas alasan ia dibuat setelah tarikh
bicara ditetapkan. Namun begitu bantahan tersebut tidak diterima oleh
mahkamah.
Peguam Razman ketika menghujah berkenaan
bantahan peguam Nizar tersebut menyatakan bahawa peguam Nizar (Plaintif)
tiada hak untuk membantah permohonan untuk kebenaran membawa masuk
pihak ketiga kerana berdasarkan prinsip undang-undang, adalah jelas,
permohonan berkenaan adalah merupakan urusan di antara Razman (
Defendan) dengan Pihak Ketiga.
Pada prosiding hari ini juga peguam Nizar
membangkitkan perkara bahawa Razman masih belum menjelaskan kos sebanyak
RM8,000 yang diperintahkan oleh mahkamah ketika memutuskan berkenaan
notis permohonan membatalkan saman serta notis permohonan membatalkan
tuntutan balas.
Namun begitu perkara tersebut telah
diselesaikan apabila peguam Razman memaklumkan terdapatnya silap faham
kerana terdapatnya komunikasi di antara peguam Razman dan salah seorang
peguam Nizar (yang tidak hadir pada prosiding hari ini) agar kos
berkenaan diselesaikan setelah pendengaran rayuan Razman berhubung
perintah berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Atas dasar tidak mahu perkara ini
menimbulkan polimik, direkodkan pada hari ini bahawa Razman akan
menjelaskannya selewat-lewatnya pada hari jumaat (21 April 2017). Rayuan
Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh ditetapkan untuk pendengaran pada 24 Mei
2017.
Ketika ditanya berkenaan isu masih belum
menjelaskan bayaran berkenaan, Razman memaklumkan bahawa dia tidak
berniat menghina mahkamah tetapi atas kesilapfahaman berhubung
terdapatnya komunikasi salah seorang peguamnya dengan peguam Nizar,
selain itu tiada dinyatakan di perintah berkenaan tempoh masa ia perlu
dibayar.
"Saya tiada masalah untuk menjelaskannya", katanya.
Razman diwakili barisan peguam dari Lajnah
Undang-undang & Guaman Pas Perak, Mohd Zamri, Ahmad Azhar, Nurul
Huda dan Syahidah Hanum.
Kes ditetapkan untuk pengurusan kes bagi pihak ketiga pada 18 Mei 2017.
6 orang berkata:
Klu lekat tu, camner nak bayor?
Pengajaran kpd yg suka buat fitnah. Salah buat fitnah boleh jadi bankrup
Org buat fitnah, kat dunia Allah dah tunjuk betapa byk kesusahan yg dialami. Turun naik court. Berhabis wang ringgit.
Kat akhirat lagi teruk hukuman Allah beri. Insaflah....
Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
Peribahasa melayu.
Ikut cara nelayang sotong ni ? Tuduh2 p Mahkamah x ngaku ......
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment