Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN BAGI MUKA DENGAN PARTI SEKULAR SO SIAL IS


Amaran Tuan Ibrahim kepada Amanah
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberi amaran kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk tidak terus mengaitkan bekas nama pemimpin Pas terutama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih populariti dan sokongan rakyat menjelang PRU14 ini.

Tuan Ibrahim berkata mengaitkan nama pemimpin Pas terutama yang sudah meninggal dunia, menunjukkan parti berkenaan tidak yakin dengan perjuangan mereka sendiri.

"Orang yang menyatakan diri mereka kuat tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama orang yang telah meninggal dunia.

"Amanah, kalau mahu bertanding (pada PRU) nanti janganlah bertanding di tempat yang Pas akan bertanding kerana ini akan memberikan tongkat kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena di sini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas tindakan Amanah, parti serpihan Pas, yang dilaporkan menjaja nama bekas mursyidul am Pas itu dalam ceramah-ceramah parti berkenaan untuk meraih sokongan rakyat.

Amanah pada 9 April lalu menganjurkan seminar 'Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan susulan itu beberapa laporan polis dibuat terhadap Amanah bagi membantah penggunaan nama bekas menteri besar Kelantan itu.

Selain itu, Amanah turut dikatakan akan bertanding di beberapa kawasan di mana Pas meletakkan calon terutama di Kelantan dan Kedah.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata Pas mengharapkan agar anggota Amanah kembali kepada Pas bagi menguatkan parti berteraskan Islam itu terutama dalam misi mengekalkan Kelantan dan merampas kembali Kedah.

"Rakyat Kedah sudah boleh buat perbandingan antara pemerintahan Pas dan BN dan kita yakin sokongan rakyat terhadap Pas masih kuat di negeri ini," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pas mmg bagi muka kat parti so sial is Ikatan. Sbb tu skrg dah jd PIGS.

Anonymous said...

Diharap PH tidak akan beri peluang kepada parti lebai fulusikom.

Anonymous said...

Ciss pan apa yg hangpa ada selain dapig shj. Parti tajaan dapig nk tunjuk lagak skrg ...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.