'Mahfuz sedang cari tempat bergantung'
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa
kedudukan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam parti itu
tidak mempunyai peluang yang cerah.
Menurutnya, Mahfuz seolah-olah tidak tahu hendak membuat keputusan.
"Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tak tahu ke mana dan mencari tempat untuk bergantung.
"Namun, bagi saya beliau sudah buat silap. Kalau duduk elok-elok kat
Pas, peluang beliau lebih cerah," katanya ketika temubual eksklusif
bersama Sinar Harian, hari ini.
Terdahulu, Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena,
mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis
perasmian Bersatu di Stadium Malawati menyifatkan, tindakan partinya itu
seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama
gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
Tambah Mohd Amar lagi, beliau melihat bahawa sebab utama Mahfuz masih kekal dengan bai'ah dan sumpah sumpah Pas.
"Saya rasa dia ni takut dengan bai'ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat.
"Namun, kalau beliau sertai Amanah, secara automatik beliau akan
terkeluar daripada Pas sebab dalam Perlembagaan jelas mengatakan jika
ahli menyertai parti lain, akan dikeluarkan serta-merta," tambahnya
lagi.
Sementara itu, beliau tidak mengulas lanjut sama ada tindakan akan dikenakan pada Mahfuz.
"Kami ahli jawatankuasa Pas pusat tidak masuk campur urusan ahli
jawatankuasa disiplin ini, tugas kami hanyalah menyediakan bahan bukti
sahaja" katanya.
6 orang berkata:
Kalau berani pecat je le Mahfuz tu..jgn jd lebai pondan. Cakap serupa org munafik.
Terbaik saudara Mahfuz.
Sokongan tetap ada.
Berpolitik untuk mencari keredhaan Allah adalah lebih baik berbanding berpolitik mencari 'tempat'.
Tahniah
Asal jgn berpolitik utk menipu Allah dan ahli2 parti dgn peralatkan Islam dan gadai agama 90juta.
Biasanya golongan yang cuci tong taik akan berada di luar tong taik tapi ada pula parti nak cuci tong taik masuk dalam tong taik.
Jgn mencari keredaan Allah dgn mempercayai fitnah rpk dan menyebarkan kepada seluruh umat di dunia. Kang kat akhirat tak larat nak pikul saham yg rpk bagi free. Awak tu pak2 lebai.....
Post a Comment