Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SENDIRI BUAT PAN, TERIMALAH KENYATAAN, JANGAN BODOH

MASA PILIHANRAYA KECIL SG:BESAR DAN K.K
AMBOI,  BUKAN MAIN LAGI, KATA PAS MACAM-MACAM, DAH LUPA KE ?
 
BILA DEKAT PILIHANRAYA NI PANDAI PULAK NAK TUNJUK LEMBUT, NAK AMBIL HATI RAKYAT ?
 
RAKYAT TAHU PARTI TERNAKAN DAP SIAPA
KEMUDIAN TOLAK PULA RUU 355.
 
HAAA, BETUL LA PAN YANG BANYAK TAK KENA.
DAH LA WARNA BAJU MACAM SAMI. TAK HABIS DENGAN TU, MACAM PAKAIAN ORANG JAHAT DALAM PENJARA PULAAAAK ,

MASIH TAK NGAKU ?


-Pak Karamu-
 
 
 
Amanah perlu tabah bila digelar 'Pan'
Husam Musa
Husam Musa. - Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Ahli-ahli Amanah perlu berjiwa besar berhadapan tekanan daripada Pas termasuklah apabila parti tersebut menggelarkan Amanah dengan panggilan 'Pan'.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, walaupun panggilan tersebut tidak digemari ahli-ahli Amanah, beliau berharap mereka berlapang dada dan menerimanya dengan terbuka serta menganggapnya satu ‘latihan’ dalam berhadapan cabaran politik.

Dalam pada itu, Husam turut mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak membalas tindakan tersebut dengan memberikan gelaran buruk kepada Pas.

“Walaupun orang ‘Pan’ tak suka dipanggil ‘Pan’ tetapi saya sengaja gunakan istilah yang dipakai oleh Pas supaya saudara tidak rasa kecil hati dan sempit fikiran bila orang sebut saudara, panggil saudara dengan nama yang saudara tidak sukai.

“Anggaplah ini sebagai satu latihan hendak mengukur berapa besarnya jiwa inklusiviti kita. Kalau dengan perkataan ‘Pan’ pun kita tidak boleh toleransi, kompromi, bagaimana nanti kalau kita mentadbir Malaysia, mentadbir negara, mentadbir negeri dengan kesempitan dada, kesempitan fikiran, minda kita menghadapi karenah yang akan berlaku? Jadi Pas kata ‘Pan’, kita boleh terima dengan hati terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU14 anjuran Pemuda Amanah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan; Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohd Hasbie Muda; Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail; Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, beliau menuntut ahli-ahli Amanah terus bergerak ke hadapan bagi mencipta kebangkitan sokongan rakyat terhadap ‘oren’, tema warna parti Amanah, tanpa terlalu sensitif dengan isu gelaran tersebut.

“Jadi kalau kita hendak ‘go for orange’, kita kena betul-betul terbuka dan keterbukaan ini boleh diukur apabila kita berhadapan dengan garis keras Rusila, dihadapi dengan garis lembut Raja Bahrin,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas akan berentap dgn Umno dan Pakatan. 3 penjuru itu lebih berpihak kpd Pakatan kerana;
1) Krisis Pas lahirnya Amanah (Pakatan)
2) Krisis Umno lahirnya Bersatu (Pakatan)
* Sekiranya dianggarkan 30% shj ahli Pas menjadi ahli Amanah dan 30% shj ahli Umno menjadi ahli Bersatu. Bermakna pertambahan hampir 60% jumlah keahlian baru dalam Pakatan. Inilah kekuatan gelombang yang akan berlaku pada PRU14. Mustahil ahli bersatu mengundi Umno, mustahil ahli Amanah mengundi Pas dan mustahil ahli gabungan
dalam Pakatan mahu mengundi Pas dan Umno.
Oleh itu 3 penjuru tidak akan mengugat Pakatan.
Negeri Umno akan ditawan oleh Pakatan. Negeri Pas akan ditawan oleh Pakatan atau Umno.
Elakkan menerima gula2 Pas memujuk Pakatan menerima mereka kembali setelah analisa ini didedahkan, kerana Pas adalah parti yang tidak konsistan dan boleh diperkudakan janji ada dedak ditawarkan.

Anonymous said...

Pas parti bangsat

Anonymous said...

Pas parti lebai2 korup jual agama.

Anonymous said...

Dengan adanya Pas dlm PH akan lebih menyusahkan PH. Umno sendiri tak berminat dgn Pas yg hanya layak jd keldai tunggangan mrk je.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.