Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perhubungan pas pkr tamat

Takkan kerana Salena Gomez, kita nak berpecah: Azmin
Takkan kerana Salena Gomez, kita nak berpecah: Azmin
Wan Azizah dan Mohamed Azmin bersama-sama pimpinan PKR Pusat dan negeri menunjukkan plakad Bebas Anwar dan Demi Rakyat sejurus perasmian Konvensyen PKR Perak.
 
IPOH - "Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah," itu sindiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap perwakilan Pemuda Pas yang mengaitkan isu itu antara sebab tahalluf siyasi perlu ditamatkan antara Pas dan PKR.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami dan isteri.

Katanya, parti-parti pembangkang perlu memikirkan isu-isu yang lebih besar terutama melibatkan kerjasama mereka pada PRU14 kerana rakyat sedang memerhati siapa yang akan dipilih nanti.

"Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun... Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?

"Tak apalah... Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama menyempurnakan konvensyen tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberpa pimpinan tertinggi PKR Pusat dan negeri.

Mohamed Azmin berkata, dasar-dasar peduli rakyat yang diperkenalkan kerajaan Selangor perlu dipertahankan oleh pimpinan parti-parti yang menolak BN.
 
Katanya, Pakatan Harapan dan parti-parti progresif yang lain perlu menunjukkan kesatuan mereka kerana rakyat sedang melihat pengganti kepada BN.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Tiada lagi pemecah perpaduan dln PH.
Sila keluar dari kejaan selangor. Kalau tau malu la. Klu muka tebal biawak hidup, duduklah sampai lepas pru

Anonymous said...

ape la korang bodoh mengalahkan kerbau semua.. ini bukan pasal selena gomez la barua oi.. hasan ali pun pas boleh tendang pasal hasan ali nak sekat arak abang lim, negara islam pun pas cakap xda dalam quran setelah sekian lama pas terpekik terlolong kat orang ramai nakkkan kepada negara islam, semuanya demi hububgan ngan abg lim masa tu hehe...ape la sangat pasal pkr syok kat selena gonez tu kerbau2 oi..hal kecik je tu.. ini semua pasal pas nampak yg pkr x syok ngan pas tapi pkr syok ngan abang lim dan parti pan la barua2 semua oi.. betul2 bangang la korang ni.. cuba pkr tunjuk yg dia x suka abglim dan parti pan skrg ni tapi syok kat pas, nescaya kelakuan2 sumbang pkr insyaAllah pas akan backup guna hujah bertopengkan agama la hehe.. eli wong telanjang pun pas setle kejap je, tutup kes, setle terus hehe, pas pakai hujah topeng agama.. korang lupa ke..??
bodoh punya pentaksub2 barua semua..

Anonymous said...

Alhamdulillah. Takde lg lebai2 musang berjanggut gunting dlm lipatan. Cepat2lah berambusss dari Selangor.hamPAS betul!

Anonymous said...

marah ke... jgn marah nanti kena jual... betul tu muka tebal biawak hidup geng pan, keluar parti tapi masih lagi makan gaji yb. kah3 . keldai oh keldai

Anonymous said...

Parti lebai setan bergumbira..

Anonymous said...

Parti cibai PKR berdukalara....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.