Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN YANG BETUL

Ahad,  April 2017

Mengikut Pandir-Pandir SD Rafizi Setaraf Fatwa


Ilmu baru dari Fizi di mana jika lu tiada bukti lu tak perlu memberi nama orang yang kononnya rapat dengan seseorang yang lu tuduh dan lu boleh beri tekanan kepada orang yang lu tuduh suruh mereka nafikan. Jika tidak cukup kuat untuk mengheret mereka maka lu boleh buat SD kerana SD yang lu buat akan mengesahkan bahawa lu sudah mempunyai point untuk menyuruh agensi yang berkaitan menyiasat dan lu boleh goyang kaki kerana akan menyambung kerja jahat lu. Dengan SD lu, lu dengan ini mengesahkan bahawa kes 'Liwat I' dan 'Liwat II' Nuar adalah benar-benar berlaku mengikut kepala hotak lu.

Tentang isu dana RM 90 juta pula, mula-mula kata ada kenalan rapat selepas itu kata orang PAS lepas tu kata bekas pemimpin PAS. Bila di asak-asak timbul nama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa. Inilah standard orang di anggap pengarah strategi PKR yang sudah terjerat dengan fitnah terhadap Presiden PAS, orang yang amat dipercayai 1001 % oleh bekas pemimpin PAS yang bergelar loyar buruk. Nampaknya yang menyerang PAS tersilap menyerang partinya sendiri dan tempias turut terkena batang hidung pemimpin pakatan haram.



Tuduhan FMT kepada Fizi yang menerima RM 20 juta dari John Soh, Fizi cuba menutup bukti dengan mengaitkan PAS dengan RUU355 yang kononnya Umno sengaja memberi kebenaran PAS mengusulkannya malah beliau mengungkit bahawa Presiden PAS hanya sekali sahaja menyebut tentang 1MDB. Perlukah perkara ini diulang sedangkan beliaulah jaguh dalam isu ini bersama berpuluh-puluh pemimpin pembangkang yang menjuarai isu 1MDB. Adakah dianggap cerdik jika Presiden PAS tidak menyebut perkara yang sama berulang kali sedangkan isu 1MDB sudah difahami oleh rakyat marhaen. 

Semua orang tahu lu yang paling hebat di kalangan pemimpin pembangkang mahu pun kerajaan walau pun kebodohan lu mengatasi kecerdikkan lu. Kenapa lu tidak menjawab SD yang dibuat oleh Chegubard tentang dana dari John Soh jika lu boleh beri alasan tiada guna menyaman orang yang sudah muflis tetapi muflis atau tidak pengadu, lu kena bersihkan diri lu dari tuduhan yang di buat. Mungkin betul tuduhan yang lu ada menerima RM 20 juta jika berpandukan kepada kenyataan lu tiada guna saman orang yang muflis, membuktikan yang lu memang hamba kepada fulus.

SD lu telah di julang oleh para pandir-pandir yang poket semakin kering setaraf fatwa lebih-lebih lagi dengan pandir-pandir yang mengalami penyakit Hadiporbia. Sebagai contoh pandir dari Perak yang pantang mendengar nama Haji Hadi, pasti paras gula akan naik mendadak kerana beliau di sahkan menghadapi Hadiporbia Kronik. Bukan main bersorak pandir dan barua dengan SD Fizi yang mana SD itu sahaja bukti yang beliau ada berkaitan dengan isu RM 90 juta yang diterima oleh PAS.
 


Bila dah jenis orang munafik yang semua kenyataan beliau perlu diselidik dulu sebagaimana firman Allah S.W.T berkaitan manusia jenis ini. Allah S.W.T menyuruh umat Islam menyelidik dahulu kenyataannya kerana beliau banyak mereka-rekakan cerita sebagaimana dengan 'Langkah Kajang' dan tuduhan 91 muka surat terhadap TSKI yang akhirnya terpaksa menjilat kembali fitnah-fitnahnya.

 


Para pandir-pandir telah mengangkat SD beliau setaraf fatwa dan penafian beliau tentang dana RM 20 juta dari John Soh yang terpenjara di Singapura. Beliau pandai pula minta bukti jika benar beliau ada menerima RM 20 juta, tolong selongkar akaun milik beliau yang kononnya harta miliknya pun semakin berkurang. Para pandir dan barua bolehlah menerima bulat pengakuan beliau tetapi bagi gua, bodohlah gua jika mempercayainya kerana beliau adalah seorang akauntan yang cukup licik dalam berkaitan isu kewangan.



Oleh kerana SD beliau telah dikatakan benar maka ia telah mengakui SD-SD dari Azizan, Umi Hafilda, Saiful adalah benar Nuar melakukan aktiviti luar tabii. Gua bukan menuduh tetapi gua membuat pembandingan antara SD beliau dengan SD oleh orang yang menuduh Nuar. Bak kata orang telajak perahu boleh di undur terlajak kata-kata maka terimalah padahnya.



Macam gua cakap bro manusia nih jika dah terlalu bijak, akan ada satu masa beliau sudah hilang fokus sehinggakan tidak boleh membezakan yang nyata dan khayalan atau lebih tetap ketika itu beliau menjadi seorang bodoh. Sebagaimana kajian beliau tentang sokongan PAS, BN dan PH yang mana sokongan PAS akan jatuh kepada 21 peratus berbanding dengan sokongan PH sebanyak 24 peratus, BN pula sebanyak 41 peratus. Maka bersorok sekali lagi para pandir dan barua tanpa tanpa memikir dengan waras bahawa 21 peratus untuk PAS tanpa di kongsi tetapi 24 peratus PH dikongsi 4 parti di mana Dap 20%, PKR 8%, PPBM 4% dan PAN 2%. Memang pandir-pandir dan barua-barua yang duduk satu bumbung di bawah Cybertropper memang bodoh-bodoh dan banggang nak mampus.
 


Gua tunggu SD-SD dari ahli politik yang di namakan sebagai ada hubungan dengan John Soh dan menerima sumbangan jutaan ringgit setiap seorang. Ada sesetengahnya sudah terbukti ada menerima sumbangan politik dari ahli peniagaan atau tauke judi jika mengikut pembelanjaan yang di tanggung pada setiap ceramah sehinggakan boleh mengadakan beberapa ceramah dalam satu hari. Gua muskyil dari mana datang dana yang cukup banyak sedangkan sebagai bekas exco berapa banyak sangatlah elaunnya berbanding jutaan telah dilaburkan untuk mengadakan ceramah-ceramah. /GANR

5 orang berkata:

Anonymous said...

Menurut walaunta, hadi adakah setaraf nabi dan pemegang kunci syurga.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [0359] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Lebai2 pondan rasuah jual agama 90juta sekor pun tak berani isytiharkan harta serta pendapatan mcm yb rafizi buat setiap tahun.

Anonymous said...

Berani kerana benar takut kerana pondan2 politik dah buat salah rasuah 90juta duit curi rakyat.

Anonymous said...

Yakin Pas tumbang di Kelantan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.