Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MENANG ? PAS KALAH ? TAK PE ASALKAN PENGKHIANAT JUGA KALAH

INGAT BALIK BAGAIMANA PENGKHIANATAN DI SG: BESAR DAN KUALA KANGSAR ?

SUDAH LUPA ?
SIAPA YANG MENGAJAR TIGA PENJURU ?

-Pak Karamu- 

Jika tiga penjuru Pas akan kalah, Umno menang
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Afiq Razali

KUALA LUMPUR - Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia, menunjukkan Amanah mengatasi Pas sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14.

Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, perkara ini berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada Pas sekaligus memberi kelebihan kepada Amanah.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan kaji selidik tersebut Umno tetap mengatasi kedua-dua parti tersebut dengan mendapat 32.2 peratus.

"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, Pas, Amanah menunjukkan Amanah berjaya mengatasi Pas dengan kelebihan 3.6 peratus.

"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului Pas dan Amanah iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, Amanah 16.1 peratus sementara Pas hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di sini, hari ini.

Sementara itu, Rafizi berkata, sebanyak 3.2 peratus menyatakan tidak akan mengundi dalam kaji selidik tersebut; tidak mahu menjawab sebanyak 20.1 peratus dan belum membuat keputusan sebanyak 15.9 peratus.

Ujarnya kaji selidik ini dijalankan selama dua bulan bermula dari enam Februari sehingga enam April 2017.

Pengundi dipilih melalui secara rawak oleh sistem kaji selidik berkomputer Invoke dan selepas itu mereka akan disoal melalui beberapa soalan menerusi telefon.

Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar telah ditelefon secara rawak dan dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon manakala, 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Yup.
Janji klate dpt kejaan baru dan pas lingkup. It sudah bagus.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.