Raja Bomoh mengaku salah, lafaz taubat depan mufti
'Raja
Bomoh' Ibrahim Mat Zin, 66, (kanan) membuat pengakuan bertaubat atas
kesalahan berbohong dan menghina Islam di pejabat Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari
ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas
pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar'ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar'ie.
Ibrahim, 66, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 7(a)
Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Selain itu, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.
Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam
bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya, bermula hari ini
dengan bon dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan mengikut Seksyen 129, Akta Tatacara Jenayah Syariah
Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.
Mahkamah turut memerintahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan supaya
menyediakan modul pengajaran bagi membolehkan Ibrahim menjalani kelas
akidah dan fardu ain dengan bimbingan Pejabat Mufti.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikehendaki menyediakan laporan
perkembangan tertuduh kepada mahkamah sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu, Ibrahim melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah
Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media di
Kompleks Pusat Islam di sini, petang tadi.
Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya
selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang
enggan dinamakannya.
Dia juga mengaku akan berhenti menggunakan gelaran "Raja Bomoh".
Sebelum ini, Ibrahim beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan
ritual perbomohan yang dilakukan bersama-sama para pengikutnya seperti
membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam
buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk 'melindungi'
Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Raja bomoh ditahan di Johor]
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persetkutuan (JAWI) Abdul Aziz
Jusoh pada sidang media sama memberitahu bahawa Ibrahim ditahan Bahagian
Penguatkuasaan JAWI di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.48
petang Sabtu lepas.
Dia ditahan berikutan maklumat awam mengenai amalan ritualnya untuk
menurunkan hujan bagi meredakan panas akibat El-Nino di tapak bekas
rumah pangsa Jalan Pekeliling di sini pada 21 Mac 2016. - Bernama
8 orang berkata:
Kalah tak apa. Yg penting kelantan dapat kerajaan baru yg lebih cerdik, lebih adil dan dpt menjaga kepentingan rakyat. Biarkan pas lingkup dan hanyut ke laut.
Rakyat Kelantan dah letih hari2 mengadap tugu banjir sebab jalan jem gila take ada highway. Buat apa ada tugu banjir bukan boleh jadikan kereta laju. Jem juga. Lagipun tugu banjir yg kejaan pas buat tu bukn boleh makan klu perut lapar.
Tugu banjir tu boleh jadikan tugu memperingati parti pas yg sudah kalah dan hanyut ke lautan pasifik.
Rakyat bukan nak Pas tapi rakyat nak lebuh raya. Undi pas bukan boleh kenyangkan perut. Jadi Papa kedana ada la
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Hadi bila nak taubat?? Dia yg melingkupkan parti pas, terhegeh hegeh nak bergabung dgn umno utk selamatkan melayu islam konon.
Anon 8.39. Ko tak ada ingat lain asyik memerut jer ysng ko tahu.
Klu jenis yang ingat nk menketedarah jer . Tau ls spesis apa.. yg berkeliaran ..
zzzzz2018.5.17
michael kors handbags outlet
coach outlet online
baltimore ravens jerseys
canada goose outlet
eagles jerseys
fitflops sale clearance
basketball shoes
nike shoes
ralph lauren uk
longchamp handbags
Post a Comment