Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU YU ISLAM,ISLAM TU MELAYU

Salam,

Sambung.....

Ketika Pak Karamu mula nak bergerak mereka ajak minum dulu kat kedai mamak, secara kebetulan memang Pak Karamu merasa dahaga, kemudian kami sama-sama pergi ke kedai mamak untuk minium, sambil menunggu order kami sampai mereka tak tunggu-tunggu masa dan terus bertanya " mengapa kebanyakan orang melayu tak mau terina melayu itu islam dan islam itu melayu ? Kami betul-betul hairan orang melayu ni

Kemudian Pak Karamu jawab " memang melayu dan islam itu tersangat berbeza, melayu tu bangsa dan islam itu ad din (cara hidup yang berpandukan dua kalimah syahadah) Kemudian mereka jawab "Tapi perlembagaan sudah jelaskan dengan terang istilah yang begitu ! Pak Karamu kata " perlembagaan adalah ciptaan manusia sementara islam ciptaan Tuhan, adakah sama penilaian Tuhan dan penilaian manusia ? Tuhan jadikan puak-puak manusia dengan berbagai nama dan Tuhan kurniakan islam dengan mereka supaya mereka faham untuk hidup beragama"

Kemudian air yang kami orderpun sampai, kami minum sama-sama, salah seorang dari mereka berempat itu berkata " bagi kami islam dan melayu itu satu, kemudian Pak Karamu jawab " kalau macam tu bolehkah apabila Pak Karamu lihat manusia melayu bersembahyang maka Pak Karamu kata haaa ! islam tu tengah sembahyang ? mereka terdiam, kemudian Pak Karamu tak mahu buang masa dan terus bayar semua kos yang kami minum, Pak Karamu kata ok semuanya islam dah bayar, lepas tu Pak Karamu tak melayan mereka dan terus beredar

6 orang berkata:

Paan Ovrtd said...

Orang Melayu memang suka mengaitkan bangsa dengan agama. Bodoh betul.

Shahrul Tanaka said...

saya sokong kenyataan diatas

Unknown said...

Salam Pak Karamu.

Itu sebabnya suatu masa dulu Orang Bukan Islam Malaysia takutkan Islam sebab sudah ditanam dibibir kita Masuk Islam tu sama dengan Masuk Melayu.

Kalau lelaki Cina kawin dengan perempuan Melayu tu, yelah masuk melayu!

Tok Tam said...

Assalamualaikum. Minta izin berbicara. Kalau Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW berdasarkan bangsa, rasanya tak sampai kat kita dah. Kan lebih baik Rasulullah SAW bagi kat bangsa Arab serta kaum kelurga baginda saja, ni tidak seluruh pelusuk dunia ada orang Islam. Sebab tu kalau ada orang tanya tok, tok orang apa ? Tok kata tok orang Islam, bangsa Melayu.

yobleh said...

salam semua,
dalam perlembagaan malaysia yang mengatakan melayu itu islam adalah kelentong semata. definasi ini patut diperbetulkan.

~PakKaramu~ said...

Salam,
Terima kasih atas kunjungan dan komen yang bernas

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.