Walaupun polis tidak membenarkan tunjuk perasaan anti ISA akan tetapi tunjuk perasaan akan di teruskan juga, kita tengok apa bakal yang akan berlaku pada 1 Ogos ini, mungkin polis kata DEGIL ! akan tetapi niat nak teruskan itu wajib di teruskan sebab niat itu adalah perkara pokok ibadat, jadi tunjuk perasaan ini di antara liku hendak melaksanakan niat dan larangan polis nanti kita lihat mana yang menjadi keutamaan
2 orang berkata:
Thank you to read my blog.
;)
Polis larang berhimpun: Peringatan buat semua peserta perhimpunan mansuhkan ISA !
Penulis bahkan seluruh peserta perhimpunan mansuhkan ISA 1 Ogos ini tidak terkejut dengan berita terbaru ini, ianya telah dijangka malah di'rangka' lebih awal lagi..kami khususnya generasi anak muda, pencinta kebenaran, keadilan dan keamanan akan tetap turun bersama-sama lebih 100 000 umat manusia pada 1 Ogos ini demi menyampaikan hasrat dan luahan hati menolak dan membantah akta zalim ciptaan manusia, ISA....
Pengalaman ini telah dilalui pada perhimpunan mega yang lain seperti BERSIH, perhimpunan mansuhkan PPSMI dan lain-lain..perhimpunan berjalan lancar dan aman tanpa sebarang perkara yg tidak diingini, KECUALI setelah diganggu oleh pihak polis dan pihak2 yang tertentu (SB, Provokator)...apa pun, keseluruhanya, perhimpunan tersebut berjalan lancar dan aman..
Oleh itu, penulis berharap perhimpunan aman 1 Ogos ini tetap berjalan sepertimana diharapkan..turunlah beramai-ramai memberi sokongan kpd pihak penganjur dan keluarga mangsa2 ISA yg telah dinafi dan dizalimi sebelum ini..niat kita baik, berkumpul secara aman dan menyatakan luahan perasaan kpd pihak pemerintah..ini hak kita sbg rakyat malaysia..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/polis-larang-berhimpun-peringatan-buat.html
Post a Comment