Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIIK DULU ADA MENTERI CAKAP SEMUA AGAMA ADALAH SAMA !

pluralisme: dulu ada menteri yang bercakap semua agama adalah sama mengapa tak minta Jakim siasat ? Nak berpolitik biarlah laku !!!

KUALA LUMPUR 17 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyiasat ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fahaman pluralisme yang disampaikannya awal tahun lepas.

Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) berkata, Jakim perlu menyiasat fahaman itu yang dikatakan semakin menular di negara ini. 

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa menerima aliran pemikiran berhubung kesamaan agama itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Zulkifli berkata, penerimaan Anwar terhadap konsep itu boleh dilihat berdasarkan ucapan beliau di London School of Economics yang disiarkan di laman blog penasihat PKR itu yang antara lain mendakwa semua agama adalah sama. 

Bagaimanapun, apabila isu fahaman pluralisme dibangkitkan, teks ucapan itu serta-merta dikeluarkan daripada blog berkenaan.

"Selepas saya berbincang dengan rakan dan ulama, barulah saya faham mengapa Permatang Pauh berpendirian yang kalimah Allah, semua (agama) boleh guna, sama ada dalam bentuk Allah satu atau triniti sebab itulah fahaman dia,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat di sini, hari ini. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.