Adapun tanda-tanda kiamat yang besar yang dinyatakan oleh hadis Baginda Rasullullah S.A.W hampir-hampir kiamat nanti ialah:
1. Keluarnya asap yang membawa penyakit (dipercayai gas beracun), gas tersebut akan menjejaskan kesihatan orang-orang yang beriman dan mematikan orang yang tidak beriman.
2. Dajal yang melakukan fitnah yang amat besar seperti mengakui dirinya sebagai Tuhan sehingga tercabut keimanan seorang yang lemah Imannya lalu mengikuti jejak dajal. Dajal-dajal itu memperlihatkan kebolehan yang luar biasa dikhalayak ramai (istidraj) seperti ahli-ahli sihir dan silap mata.
3. Keluarnya sejenis binatang berhampiran dengan bukit Saffa di Mekah. Binatang itu menyatakan kebanyakan manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.W.T. Dipercayai bahawa binatang besar itu akan keluar kerana keadaan bumi gempar dengan keadaan iklimnya kerana matahari terbit daripada tempat tenggelamnya.
4. Matahari terbit dari tempat tenggelamnya. Ketika itu dunia terbiar begitu sahaja, tiada siapa dikalangan manusia yang memburu harta, ramai manusia yang bingung serta kehilangan akal. Ramai yang mati dengan cara yang mengejut, ketika itu taubat tidak lagi diterima.
5. Turunnya Nabi Isa A.S bagi mententeramkan keadaan dunia yang sedang huru hara oleh keadaan yang tidak menentu. Nabi Isa akan memerintah pemerintahan Imam Mahdi serta menghapuskan salib dan membunuh Dajal.
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj dimuka bumi ini, dipercayai daripada bangsa Rusia, China, Jepun untuk menghuru-harakan dunia walaupun keadaan dunia tidak menentu pada ketika itu.
7. Terjadinya gempa bumi ditimur dengan meluasnya, perlu diingatkan bahawa sebelum gempa bumi secara meluas, gempa bumi secara kecil-kecilan terjadi terlebih dahulu, dan hal ini sudah dan sedang berlaku.
8. Gempa bumi dibarat seperti dibenua Eropah termasuk Amerika. Kita percaya benua Eropah akan digegar gempa bumi tidak berapa lama lagi yang akan membunuh ramai manusia.
9. Gempa bumi disemenanjung Arab, gempa bumi ini sedang dan akan berlaku, dan akan berlaku gempa bumi yang dahsyat sebelum berlaku dibenua Eropah.
0 orang berkata:
Post a Comment