Salam
SETELAH HEBOH PASAL DNA MAKA AKAL KAMPUNG MULA SYAK SESUATU....
SETELAH HEBOH PASAL DNA MAKA AKAL KAMPUNG MULA SYAK SESUATU....
Apabila berlaku tunjuk perasaan menuntut DNA Anuar Ibrahim oleh musuh-musuh politiknya maka bacaan politik kampungan mula ragu kes Anuar Ibrahim ini sama ada dia benar-benar kaki main belakang atau isu politik, semuanya terdedah kerana kelemahan pengendalian kes, percaturannya mudah, jika Anuar bagi DNA maka Anuar kedalam, jika dia berkeras maka Anuar lepas, demikian politik kampung mengambil kira
Pengendalian kes mula menggelabah setelah barang kes telah ditolak oleh hakim, disini Anuar mungkin agak merasa gembira lalu tercetus pula tunjuk perasaan yang membuktikan masalah DNA boleh menyebabkan Anuar bebas, disini nampak satu permainan politik diatas kes ini, Karpal marah, Hakim juga marah kerana kes yang sedang berjalan telah diganggu oleh penunjuk perasaan seolah-olah penghinaan terhadap mahkamah
Soalnya mengapa rahsia kelemaham bukti DNA yang menyebabkan Anuar mungkin boleh lepas dibocorkan oleh pendakwaan ? Adakah ini sepatutnya berlaku ? Mungkin disebabkan DNA yang kurang jelas maka penolakan barang kes yang ditolak akan dikaji semula akan tetapi apa kata rakyat jika ia dikaji semula untuk menerima barang kes balik ? Bukankah itu nanti menunjukkan kelemahan tugasan hakim pula ?
Masalah DNA ini nampaknya sudah menjadi isu yang terhangat di negara ini kerana ia melibatkan isu yang lain yang tidak ada kena mengena dengan kes ini iaitu sudah ada suara yang menuntut supaya kes Altantuya dan Rogol amah diperiksa DNA mereka yang disyaki terlibat, nampaknya DNA ini sudah jadi satu isu yang sangat menakutkan terhadap orang yang disyaki, mungkin nanti akan berlaku pula perkara yang baru
Apa yang ada didalam kepala orang kampung sekarang ialah Anuar tetap akan lepas setelah barang kes pendakwaan telah ditolak, kemudian teruskanlah perbicaraan setakat mana kes itu mahu berjalan, namun apabila isu DNA dibocorkan atas kelemahan bukti maka orang kampung nampak ia adalah suatu yang perlu disentuh balik oleh pendakwaan, lantaran itu tiba-tiba sahaja ada tunjuk perasaan menuntut Hakim supaya DNA Anuar diambil bagi membuktikan lelaki Y benar-benar terlibat didalam kes liwatnya
Apa yang ternampak jelas ialah semasa perbicaraan berlangsung sepatutnya tiada lagi tugas bahan bukti yang baru berlaku kerana ia adalah dianggap suatu muslihat yang baru akan muncul didalam perbicaraan, ini menunjukkan kelemahan dalam perkara menyediakan bukti kes, lainlah sekiranya kes ini kes yang berprofile rendah yang tidak melibatkan personel yang tidak melibatkan kepimpinan negara, apa yang orang kampung nampak ialah seandainya barang kes dikaji dan diterima balik maka kewibawaan hakim boleh dipertikaikan dan mungkin akan dituduh berbagai-bagai tohmahan oleh rakyat
Hakim mungkin boleh berkata dia tersilap tafsir akan tetapi rakyat akan nampak tersilap tafsir itu mungkin ada apa-apa yang berlaku kerana mahu mengenakan seseorang yang tidak di ingini oleh musuh politiknya
0 orang berkata:
Post a Comment