AKAD NIKAH DIMASJID BUKAN ISU BESAR SANGAT TAK PAYAH HEBOH
Mengapa perlu heboh soal akad nikah di masjid ? Pakai akalpun boleh jawab, bukankah seseorang yang mendirikan rumah tangga itu pahalanya seperti mendirikan sebuah masjid ? Jika jawapannya ya maka lakukanlah di masjid, kerana masjid adalah buyutullah iaitu rumah-rumah Allah maka Allahlah yang memerikan pahalanya, masjid adalah tempat beribadat diantara seorang hamba dan TuhanNya, sebab itulah dosa cerai berai diantara suami isteri itu dosa sebagai merobohkan sebuah masjid
Akad nikah yang dikaitkan dengan amalan orang-orang Kristian rasanya ia kurang tepat kerana orang kristian juga berpandangan churh atau gerejanya adalah tempat beribadat dan mereka juga beranggapan bahawa nikah di gereja adalah ibadat, walau apapun jika mereka yang beragama kristian dan islam ada juga yang melakukan akad diluar masjid dan gereja, ertinya amalan orang kristian tidak menetapkan akad nikah tersebut digereja sahaja sama seperti orang islam, apa yang jadi masalahnya ialah JANGAN kita menghukum menyamakan amalan umat islam sama dengan orang kristian kerana ia tidak wajar
Sebuah hadis Rasulullah yang mafhumnya "Jangan kamu menolak amalan agama orang ahli kitab itu semuanya dan jangan pula kamu terima semuanya" ini mungkin merujuk kepada amalan orang kristian yang masih berpegang dengan kitab zabur atau taurat atau Injil mereka, kerana kitab tersebut adalah di iktiraf oleh agama islam pada asalnya tapi bukan pada perjanjian baru didalam kitab-kitab mereka, umat islam tetap teguh pada al quran kerana isi kitab tersebut semuanya telah berada di dalam al quran jadi kita tidak lagi menggunakan fahaman kitab tersebut ditakuti ia tidak lagi asli
Bab akad nikah adalah soal yang terdapat didalam islam dalam keilmuan munakahat, ianya mudah, persoalan yang asas ialah jika cukup syarat rukum akad nikah maka lakukan saja tak payah nak timbulkan isu yang remeh temeh, lagi baik kita bercakap soal penting didalam agama islam yang telah kita buang lama iaitu soal akidah umat yang telah lama sudah rosak binasa oleh penerintah yang ada sekarang kerana telah membuangnya dari mata pelajaran untuk generasi sekarang dan akan datang, soal akad nikah ni dibawah pokokpun boleh, apa yang nak bising-bising sangat
0 orang berkata:
Post a Comment