KAPAL PERANG AMERIKA
Libya salah sebuah negara yang dikatakan negara islam akan menjadi mangsa kemusnahan oleh Amerika, Britain dan Francis, negara barat ini dari sejak dahulu selalu bersatu dalam peperangan di Timut Tengah terutama yang melibatkan negara-negara Arab, negara itu akan hancur, rakyatnya akan hancur, ekonominya juga akan hancur dan segala-galanya akan hancur
Walaupun umat islam merasakan tidakkan Amerika,Britain dan Francis itu adalah wajar kerana mahu menghapuskan pemimpin yang berhati syaitan akan tetapi kita amat terasa juga sedihnya kerana sepatutnya yang menghancurkan pimpinan Syaitan Libya itu seboleh mungkin biarlah manusia yang bergelar islam, bukan yang bergelar bangsa yang memusuhi umat islam
Sepatutnya OIC yang bertindak sedemikian, akan tetapi dimana OIC sekarang dan dimana kuburnya sekarang ? Andainya negara OIC mempunyai pakatan ketenteraan maka mereka lebih wajar menjadikan Libya sebagai padang jarak padang terkukur dari bangsa yang memusuhi islam itu memusnahkan negara dan umat islam di Libya, kita lebih rela demikian
Umat islam sudah lama menjadi umat yang dayus kepada bangsa barat, para pemimpinnya sudah lama berada dibawah tapak kaki bangsa barat dan PBB, para pemimpin umat islam yang menjadi anggota kepada negara-negara OIC semuanya menjadi syaitan bisu, apa yang mereka megahkan ialah membuli dan menginaya kepada saudara sebangsa dan seagama mereka sendiri
Orang-orang barat yang beragama kristian memang berminat dan bercita-cita untuk menghapuskan umat islam dan agamanya dengan mencipta berbagai-bagai corak provokasi terhadap negara dan pimpinan umat islam supaya mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri supaya mereka ada jalan untuk melakukan campurtangan dan melakukan pembunuhan terhadap umat islam
Negara Iraq sebagai satu contoh yang terbaik untuk dijadikan contoh oleh para pimpinan umat islam akan tetapi sikap kebinatangan para pemimpin negara umat islam dibutakan oleh syaitan hati mereka dengan tidak mengambil iktibar dan sejarah jatuhnya kuasa negara umat islam maka negara umat islam dan rakyatnya menjadi begitu senang dijadikan mangsa oleh kuasa kufar tersebut
Kerana itulah setiap pimpinan umat yang berada di negara umat islam sering mahu mencontohi tamadun di barat dan negara kufar yang lain kerana mereka terlupa dengan akibat buruk terhadap negara dan rakyat mereka sendiri dan mereka lebih rela menjadi kawan syaitan barat dari syaitan dari keturunan bangsa dan seagama mereka sendiri, pemimpin yang sebegini sepatutnya lebih awal dihapuskan
0 orang berkata:
Post a Comment