Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOS PEMINDAHAN PELAJAR MALAYSIA DARI MESIR

Salam
Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Beliau berkata, jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan menggunakan pesawat komersial.
"Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji,” katanya menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.
Anifah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit di dalam Ops Piramid itu termasuk kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pertahanan, Tabung Haji dan MAS serta syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang memaklumkan bersetuju menanggung segala kos operasinya sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam operasi berkenaan. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.