Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENDABIK DADA KERANA MENANG

Salam

UMNO TIDAK PERLU MENDABIK DADA KERANA MENANG PILIHANRAYA KECIL

Kemenangan UMNO mempertahankan kerusinya sudah dijangkakan dari awal lagi dan BN/UMNO  tidak  boleh  mengukur kemenangan tersebut kerana mereka sudah merasakan kuat dan kepercayaan rakyat sudah kembali kepada mereka. lagipun kerusi yang dikosongkan itu adalah dalam kawasan rumah tangga mereka sendiri  dan dari  awal PR menjangkakannya cuma kerana muslihat berpolitik maka PR terpaksa menyatakan bahawa BN/UMNO sudah mula goyah kerana rakyat akan menolak mereka, ini disebabkan keadaan ekonomi rakyat sudah semakin tenat dan rakyat memahaminya wal hal isu ekonomi yang runtuh itu sebenarnya bukan isu kepada rakyat kerana  perbuatan rasuah yang tegar adalah mengatasi segala isu

Pakatan rakyat yakin semangat rakyat masih lagi kuat untuk menumbangkan Barisan Nasional namun rakyat juga ada cara mereka untuk menumbangkan kerajaan yang ada, andainya jika sekadar tumbangnya kerajaan dengan hanya memenangi dua buah kerusi yang baru dimenangi oleh BN/UMNO itu boleh mengubah kerajaan yang ada maka mungkin BN/UMNO akan kalah teruk, inilah perancangan rakyat yang sebenarnya iaitu cencaru makan petang, macam hero filem Hindustan yang menang di sa'at akhir, pada PR mungkin mereka kelihatan bersungguh-sungguh menentang BN/UMNO walaupun mereka faham akan kalah akan tetapi penentangan sengit itu hanya kerana mahu melihat kerajaan menabur rancangan untuk rakyat berkesan

Pakatan Rakyat yang diwakili oleh siapa saja wakil dari parti komponennya tetap dengan sikap melawan BN/UMNO kerana mahu melihat rakyat merasa berbagai rancangan mee segera, mereka sudah tentu bagaikan jerung yang mengelilingi kapal yang pecah, mereka faham jika mereka mengharapkan kepada PR maka mereka tidak akan mendapat apa-apa, kecuali untuk mendapatkan berita penyelewengan yang telah dibuat oleh kerajaan yang mereka telah memahaminya dan mereka akan membuat perubahan secara menyeluruh pada akhirnya disamping mendapatkan  berbagai cerita sebagai alasan bagi mereka untuk menumbangkan BN/UMNO pada PRU 13 nanti

Rakyat sudah ada yang berkata, andainya PR diberikan kemenanganpun mereka tidak akan dapat memerintah negara dan corak pemerintahan tidak juga akan berlaku jadi biarlah BN/UMNO terus memerintah dahulu buat sementara waktu sebelum mereka tumbang secara total dan mereka juga  berkata kesalahan BN/UMNO yang telah lama memerintah sudah mereka maklumi jadi sabarlah menunggu hanya beberapa bulan saja lagi mereka akan tumbang juga sudahnya nanti




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.