Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGHIMPUN HARTA BENDA

Salam

PERANGAI PEMIMPIN ARAB DENGAN MALAYSIA SAMA SAJA, MEREKA MENGHIMPUN KEKAYAAN

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan pemimpin kerajaan di negara ini memiliki perangai sama dengan pemimpin-pemimpin di beberapa buah negara bergolak di Timur Tengah ketika ini.

Beliau mendakwa, sikap segelintir pemimpin di negara ini yang suka menghimpun kekayaan, menggunakan pangkat untuk kepentingan selain rasuah yang masih berleluasa adalah isu yang sama sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat.

“Isu-isu itu sinonim dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah walaupun persekitaran politik tidak sama. Kalau pemimpin tidak adil dan mengamalkan rasuah, rakyat akan tahu sendiri.

“Pembangkang tidak sesekali menghasut rakyat kerana mereka akan tahu sendiri, rakyat sekarang sudah bermaklumat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang dalam beberapa siri ceramah yang mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu.

Satiful tidak menolak sekiranya kerajaan tidak mampu menyelesaikan beberapa isu seperti kenaikan harga barang sehingga membebankan rakyat, keadaan yang sama seperti demonstrasi jalanan mungkin boleh berlaku di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan menegur pemimpin yang tidak bertanggungjawab melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat.

“Kita telah pun mengambil sikap menegur, kalau mereka tidak mahu dengar, kita perlu guna tangan dengan melakukan perubahan pada pilihan raya akan datang dengan mengganti kerajaan yang baru.

“Beri peluang kepada kerajaan baru itu dan kalau tidak berpuas hati, boleh pilih pemimpin lain pada masa depan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.