Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKUT PADA KELEMAHAN DIRI TERBONGKAR ?


MENGAPA HARUS TAKUT DENGAN KITAB INI ? APA YANG TERDAPAT DIDALAMNYA   ?

 Mungkin diantara orang yang berkenaan takut anak muda terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh fahaman yang terdapat didalam kitab ini, takut anak muda jadi rosak akidah dan seterusnya menjadi murtad, soalnya jika takutkan anak muda murtad mengapa tidak diasuh ilmu akidah terhadap mereka ? Sebenarnya ketakutan itu adalah salah kerajaan dan jabatan agama itu sendiri kerana menghapuskan ilmu akidah kepada jenerasi muda bahkan kepada jenerasi tua sekalipun, gagal mendidik, gagal diajar pada peringkat sekolah, masjid/surau dan sekali gus menampakkan tugas kerajaan dan ulama gagal dalam tugas mereka untuk membimbing bangsa dan agamanya, lepas itu memangsakan pula ajaran orang lain

Orang islam sudah tidak lagi berpegang kepada ajaran al quran sebab itu mereka takut pengaruh Al Kitab, ini salah siapa ? Al Quran hanya ditaranumkan saja, mengamalkan jauh sekali, andainya umat islam mengamalkan quran maka mereka akan berjumpa dengan ketentuan Allah menyediakan syaitan untuk menyesatkan manusia, akan tetapi Allah juga menyediakan al quran untuk melawan kuasa syaitan itu, dan jaminan daripada Allah sesiapa yang tetap berpegang dengan ajaranNya maka tiada kuasa bagi syaitan itu untuk menyesatkan mereka, ertinya Allah menyediakan dua kuasa iaitu kuasa jahat dan kuasa baik, mana pilihan manusia ?

Andainya Al Kitab (Perjanjian baru)  yang ditakuti itu kita anggap sebagai syaitan maka kita carilah al quran dan pengasuhan ilmu akidah sebagai menentang kuasa jahat itu akan tetapi mengapa kita tidak lakukan ? Jadi siapa yang salah ? kemudian kita mangsakan pula orang lain kerana kelemahan kita ? Huh ! banyak cantik ? Adakah ini semua kita takut dengan  kelemahan diri sendiri terbongkar ATAU kita tidak peka dengan jaminan daripada Allah ? Kita selalu tuding jari kepada orang lain yang kita jadikan mangsa, Mengapa kita tidak menuding jari kepada diri sendiri ?

Yang tersangat anihnya kita marahkan pula mereka menggunakan perkataan Allah sedangkan Allah itulah juga Tuhan mereka, yang kita cuba hendak alihkan perkataan God kepada mereka sebab apa ? Bukankah persoalan Rububiyah itu adalah hak semua makhluk Allah ? Bukankah Allah sudah sebut didalam al quran bahawa   اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ   itu sebagai fitrah ilmu yang mutlak kepada makhluk ciptaanNya ? Kita faham tentang apa yang ditakuti oleh umat islam tentang pengaruh kalimah Allah jika diguna pakai oleh agama lain namun jangan kita menetapkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya kerana kelemahan kita sendiri

Andainya mereka yang beragama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah apa salahnya ? Bukankah itu satu pendekatan  bagi kita berdakwah kepada mereka ? Apakah kita mahu memaksa mereka supaya jangan menggunakan perkataan Allah sedangkan Rububiyah itu adalah hak mutlak kepada seluruh alam, apa yang membezakan ialah dalam soal Uluhiyah saja, itu sebab kalau takut dilambung ombak, siapa suruh bermain dengan ombak !!!

Pak Karamu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mufti S'gor larang Injil guna kalimah Allah diedar

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor.

NONETamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis. Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.
Kenyataan bercanggah

NONEKenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu kitab-kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia itu.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik. Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pada pagi Selasa, Muhyiddin berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok. Katanya, Menteri harus membincangkan perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
 
Syarat KDN satu penghinaan Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.
 
Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran dan mesti bersertakan nombor siri.

sibu by election 090510 sibu churchSyarat itu, bagaimanapun ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut Kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.

4 orang berkata:

mack said...

sistem belajar pun sudah meninggalkan agama kelas petang bermula pukul 1.00 tengahari dan zohor pukul 1.20 tengahari...apakah pelajar kita ditingkatan satu solat...siapa yang mempastikan solat...sistem itu sendiri merosakan akidah..

Anonymous said...

Kalau nama mak bapak kita di cerca dan di hina, sebagai anak tentu lah kita marah. Kalau nama Allah di hina sebagai orang yang mengaku Islam sudah tentu marah. Orang kristian menghina Allah tak kan kita tak Marah. Syrik adalah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Membenarkan Orang Kristian menggunakan kalimah Allah boleh menyebabkan orang itu syrik

Anonymous said...

allah tu yg jadikan kiter sumer..x kira melayu ker cina ker india ker mat salleh ker africa ker..

singamaraja said...

Pelik juga ulasan Anonymous 11.20 tuh,macam mana boleh jadi syirik jika membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah, kitab mana baca nih atau quran tafsir mana, apa yang berlaku ialah dalam alkitab mereka nak gunakan kalimah Allah sahaja, bukan kalimah father of God, Mother of God dan Son Of God (fahaman yang syirik) , jika itulah yang berlaku maka kita juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu kitab mereka

Soal yang kita takut ialah dari segi bahasa al kitab yang menggunkan bahasa melayu, kerana takut orang melayu terkeliru, dan terkeliru itu adalah sebab ilmu akidah pada orang melayu sudah terkubur, ini salah siapa ?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.