Salam
ADAKAH KITA AKAN DIGULUNG BEGINI ?
Adapun tanda kiamat itu diantaranya ialah:
ADAKAH KITA AKAN DIGULUNG BEGINI ?
TANDA-TANDA KIAMAT SUDAH BANYAK MUNCUL
Umat Islam percaya akan kemunculan hari kiamat, dan sebelum terjadinya hari kiamat itu maka tanda-tandanya akan dipertunjukkan terlebih dahulu mengikut pandangan Islam melalui Rasulullah S.A.W. Umat Islam yang beriman tidak semestinya takut untuk menghadapi hari kiamat dengan tanda-tanda kiamat itu kerana tanda-tandanya merupakan suatu ingatan kepada kita untuk menambahkan lagi semangat kita untuk mencari ilmu yang hak serta mengamalkannya sebagai persediaan keimanan kepada Allah, bukan untuk menakutkan sehingga kita lupa dengan tugas kita untuk melaksanakan tuntutan amanah Tuhan supaya mentadbir buminya, ekonominya serta syari’atnya. Jika kita merasa cemas dengan tanda-tanda kiamat yang telah berlaku dan sedang berlaku lalu kita membiarkan rezeki daripada Allah atau membiarkan bumi ini dimonopoli oleh kaum yang menjadi penentang Allah, maka itu akan membawa suatu kecelakaan juga kepada umat Islam. Jika kita menyedari bahawa bumi ini mesti ditadbir oleh umat Islam, maka kita wajib mempertahankannya atau merampasnya balik daripada kaum yang merampas. Ini adalah tugas Islam bersama.
1. Tanah Arab yang tandus menjadi subur.
Contohnya: Di Padang Arafah dan sekitarnya adalah bumi yang tandus mengikut fitrahnya akan tetapi sekarang bumi itu subur dengan pokok-pokok.
2. Peredaran masa menjadi pantas dan masa perjalanan menjadi singkat hingga tidak terasa.
Contohnya: Zaman akhir-akhir ini kita merasakan dengan jelas bahawa masa berjalan begitu pantas, sekejap sahaja kita melakukan kerja akan tetapi masa mengikut jam terlalu pantas. Kadangkala kita terkejut dengan keadaan masa sedangkan kita baru memulakan kerja atau baru sahaja duduk bertugas.
3. Sedikit kaum lelaki banyak perempuan.
Contohnya: Jika kita pergi kemana-mana juga dibumi ini maka kita akan dapati kaum perempuan lebih ramai daripada kaum lelaki, mungkin disebabkan ramai yang mati didalam peperangan. Dalam negara yang tidak melibatkan peperangan atau negara yang terlibat dengan peperangan, masih lagi kadar kelahiran kanak-kanak perempuan melebihi kadar kelahiran kanak-kanak lelaki.
4. Beragama seperti memegang bara api.
Contohnya: Buat masa akhir zaman ini kebanyakan manusia berpegang dengan agama seperti memegang bara api, kerana pemegang-pemegang agama mudah terpengaruh dengan keduniaan dan daya tarikan maksiat yang terserlah dimana-mana sahaja dibumi ini. Selain dari itu, pengaruh kebendaan yang sangat menarik juga menyebabkan manusia tidak mengira haram serta halal untuk mendapatkan barang tertentu. Sebab itu mereka bertaklik dengan hukum dan berusaha untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Dengan itu pegangan agama menjadi tidak kukuh.
5. Banyaknya berlaku peperangan.
Contohnya: Apabila banyak berlaku peperangan, lazimnya peperangan itu akan mengurangkan jumlah kaum lelaki, sementara kaum perempuan terus bertambah. Disamping itu diakhir zaman ini terlalu ramai manusia yang mabuk kuasa untuk menguasai negara lain kerana dengki dengan kemewahan hasilnya. Disamping itu kuasa-kuasa kufar yang besar menguasai negara kecil serta mahu membangun menguji senjata mereka yang manakah yang lebih canggih diantara sesama negara besar.
6. Ulama’ tidak dipedulikan.
Contohnya: Apabila manusia sudah tidak lagi mahu mendengar apa yang disampaikan oleh para ulama’, Rasullullah memohon kepada Allah agar para sahabatnya tidak berjumpa dengan suatu zaman yang kebanyakan manusia sudah tidak mempedulikan ulama’ sebagai pewarisnya. Zaman itu kebanyakannya berlaku fasik, yakni tidak berlaku adil sesama manusia.
7. Islam tinggal nama sahaja.
Contohnya: Apabila manusia tidak ambil tahu tentang Islam serta umatnya, adat sudah mengambil tempat agama dan hukumnya, Al-Qur’an sebagai perlembagaan hidup manusia sudah hampir pupus, ianya hanya digunakan sebagai bacaan dan lagu sahaja dan tidak lebih dari itu.
8. Umat Islam kebanyakannya mengikut telunjuk Yahudi dan Nasrani.
Contohnya: Apabila kebanyakan manusia sudah mengambil cara hidup Yahudi serta Nasrani dengan meninggalkan Islam yang berpandukan kalimah tauhid, maka ketika zaman tersebut dunia sudah hampir kiamat.
9. Golongan anti hadis Rasullullah S.A.W.
Contohnya: Apabila ada diantara umat Islam yang tidak lagi mempercayai hadis Rasullullah S.A.W, maka zaman itu menunjukkan sudah akhir zaman, padahal hadis adalah pegangan hidup selepas Al-Qur’an. Jika tiada Rasullullah maka tidak mungkin Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah. Orang yang tidak menerima hadis ini hanya menerima Al-Qur’an sahaja. Mereka menolak hadis kerana mereka mahu memperkecilkan Baginda Rasullullah S.A.W dan kerasulannya serta menghina perlantikan Allah terhadap kerasulan Muhammad S.A.W.
10. Islam kembali dagang.
Contohnya: Islam yang pada mulanya sukar hendak berkembang kerana dagangnya (asingnya) akhirnya dengan kegigihannya, berkembang sehingga mencapai dua pertiga daripada fahaman yang lain. Ketika itu ia tidak lagi dinamakan dagang. Tetapi apabila sudah tidak ramai lagi yang suka kepada Islam, maka kembalilah ianya sebagai dagang. Kerana itu kita dapati jika kita mahu memperkatakan hal Islam yang sebenar maka manusia yang mengaku sebagai Islam sendiri merasa ganjil. Begitulah hal keadaan Islam diakhir zaman.
11. Banyaknya amalan riba.
Contohnya: Diakhir zaman ini terlalu banyak sumber keuntungan yang diperolehi hasil daripada pendapatan riba, malahan pembelian sesuatu keperluan pun terpaksa membabitkan riba tersebut, riba yang diharamkan oleh Allah sudah menjadi perkara yang lumrah kerana ianya boleh didapati dimana-mana.
12. Berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit.
Contohnya: Apabila ramai yang berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit. Pada mulanya ia dibina oleh pengembala kambing yang mendapat kekayaan cara mudah dan cepat, sehingga mengatasi orang-orang kaya dan berharta. Mereka dahulunya merupakan orang yang tidak pernah memakai kasut dan sekarang ia memakai kasut yang lebih baik daripada orang lain.
13. Penyakit umat dahulu kala datang kembali.
Contohnya: Apabila berlaku penyakit manusia dizaman dahulu pada waktu akhir zaman ini maka ia adalah petanda sudah sampai akhir zaman, yakni penyakit umat dahulu telah timbul kembali, seperti menghimpun harta, berseronok, adu domba serta membuat maksiat.
0 orang berkata:
Post a Comment