Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

12 Julai, 2011

BERSIH 2.0 : Polis Ugut Saksi Kejadian Hospital Tung Shin?


Hospital Tung Shin
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyelar tindakan polis yang mengganggu dan mengugut mereka yang membuat laporan keganasan polis pada himpunan Bersih, 9 Julai lalu. Menurutnya, beliau diberitahu seorang saksi berhubung gangguan itu, selepas membuat laporan polis mengenai tindakan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, pada hari himpunan berlansung. “Pagi ini saya menerima panggilan telefon seorang saksi yang melihat Hospital Tung Shin ditembak dengan gas pemedih mata. Dia kini diganggu polis dan diugut supaya menarik laporannya,” tegas Maria.



Justeru beliau menyeru orang ramai dan peserta himpunan yang mempunyai bukti rakaman video atau gambar keganasan polis agar tampil memberikan salinan kepada pihaknya. “Kita juga menyeru mereka yang mengalami sendiri kekasaran pada himpunan 9 Julai itu untuk membuat laporan polis dan memberikan salinannya kepada kami,”

“Kita akan dokumenkan bukti itu untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.

Pada sidang media yang sama, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan tindakan polis sebagai ‘dahsyat’ dan ‘pedih’ ketika menangani perhimpunan
aman itu.

Menurutnya, beliau sempat tiba ke Stadium Merdeka, namun dihalang oleh pihak polis sebelum membuat keputusan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum
kepada Yang di Pertuan Agong.

“Saya tidak berjaya malah diberi amaran yang keras. Kalau kami tidak bersurai, maka kami akan diambil tindakan yang keras. (Amaran) ini diulang-ulang.

“Oleh kerana rakan-rakan di kiri kanan saya, turut ingin menenangkan suasana, maka kami terpaksa berundur. Saya cuma ingin menyampaikan memorandum. Itu sahaja,” katanya dengan nada kesal.

Sementara itu, peguam Haris Ibrahim mengingatkan pihak polis bahawa tuntutan Bersih 2.0 adalah berkenaan masa depan dan anak-anak mereka.

“Tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil adalah juga untuk kamu, kerana polis adalah rakyat. Mereka perlu ingat bahawa perjuangan ini adalah mengenai masa depan anak-anak kamu juga,” jelas Haris Ibrahim./KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.