Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMAKIN TERBONGKAR RAHSIA POLIS ?

[ Video ] Keganasan polis di KL Sentral, PKR kemuka bukti video


Bermula diminit 5:56

PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa.Keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.