Pru-13: Kempen perkauman racun berbisa |
Posted on Sunday, July 31 @ 04:04:58 PDT by paktam
Oleh Abd Shukur Harun
Jika benar Pilihan Raya Umum Ke-13 bakal berlansung dalam masa beberapa bulan ini, banyak perkara yang menjadi persoalan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, terutama dari segi persiapan untuk mencapai kemenangan.
Memang benar bahawa persepsi sesebuah parti yang bertanding mengambil peranan sangat penting dalam menentukan menang kalah dalam sesebuah pilihan raya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Haji Mustafa Ali sendiri dalam ucapannya di Majlis Makan Malam PAS dan Muslimat Kawasan Subang di Shah Alam Sabtu lalu menekankan bahawa peranan perspesi dalam pertarunhan pilihan raya memang sangat penting.
Setakat ini, terutama selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di Ibu Kta 9 Julai lalu, persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat, khususnya PAS – begitu baik sekali, terutama di kawasan Bandar. Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu mengekalkan momentum ini dan bekerja kuat lagi, terutama dari segi penerangan menyeluruh kepada semua rakyat.
Namun begitu, selain dari segi pentingnya peranan persepsi, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang dalam sebarang pertarungan dan ini menuntut pendukung parti memberikan perhatian sama penting dengan persepsi. Faktor penting itu ialah:
+ Jentera parti, khususnya penerangan.
+ Bacaan politik yang tepat dan memahami realiti yang ada.
+ Srearegi yang juga perlu tepat kepada sasaran.
+ Bekerja dengan bersistem.
+ Meletakkan para petugas di tempat yang sesuai.
+ Jangan over confident dan perlu menyediakan calon bermutu.
Ini hanya sebahagian daripada pra-syarat kemenangan. Namun dalam perjuangan bernuansa Islam, ada satu hal yang sangat diperlukan, iaitu yakin kepada ketentuan Allah s.w.t. setelah bekerja keras.
Memang masa sangat suntuk jika PRU Ke-13 ini berlansung hanya dalam beberapa bulan lagi. Dalam keadaan hubungan yang sukar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya disebabkan sikap SPR yang sangat keberatan membuat reformasi pilihan raya dan adanya kekangan besar bagi Pakatan Rakyat untuk mendapatkan daftar pemilih yang benar-benar bersih dari SPR, ia menjadi suatu cabaran yang sangat berat.
Sejak lama dulu, Pakatan Rakyat, khususnya PAS, sudah melaksanakan kerja-kerja mendaftarkan pengundi baru. Namun diberitakan ada beberapa negeri yang masih sangat perlahan dalam melaksanakan pengundi baru tersebut.
Sejak lama dulu, masalah untuk menerangkan dasar perjuangan dan kerja-kerja yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat, khususnya rakyat di pedalaman, masih menghadapi masalah dan belum berjalan dengan lanchar. Ini perlu diatasi segera.
Memang Pakatan Rakyat berdepan dengan propaganda parti musuh yang terus menerus membuat pelbagai tuduhan palsu. Umpamanya bila mereka bercakap di depan orang Cina, mereka mengatakan DAP menjadi alat PAS untuk menegakkan negara Islam. Apabila mereka bercakap di depan orang Melayu, mereka menuduh PAS menjadi alat DAP. Pada hal semuanya itu tidak benar sama sekali.
Kempen perkauman ini menjadi racun berbisa, namun parti lawan ini akan terus ‘menjaja’ isu merbahaya ini untuk mendapat undi rakyat, khususnya di kawasan pedalaman. Biasanya, rakyat di pedalaman ini tidak mempunyai eksess media baru, khususnya, dari internet. Mereka hanya mendapat maklumat dari sumber media tradisi – akhbar dan TV yang ada pada setiap rumah pendukuk. Ia tidak member ruang walau seincipun kepada Pakatan Rakyat.
Dari media tradisi inilah, mereka membentuk persepsi seperti apa yang dikehendaki oleh parti lawan, khususnya isu perkauman yang ditiupkan sehingga sangat menakutkan.
Sebab itu Himpunan Bersih 2.0 tempoh hari, walaupun mendapat sokongan rakyat bandar dan semi bandar, sebagai sebuah perhimpunan tanpa perkauman, namun perhimpun itu digambarkan oleh media tradisinal sebagai perhimpunan kotor dan perkauman. Akhirnya di sini, persepsi orang luar bandar terhadap Himpunan Bersih 2.0 amat buruk.
Di mana-mana - di majlis orang kahwin, kenduri kendara, perjumpan kecil dan besar di luar bandar – ramai yang mengiritik Himpunan Bersih 2.0 ini disebabkan mereka dikelirukan oleh propaganda media tradisional yang dimiliki pemerintah.
Sementara orang bandar dan semi bandar dapat memahami natijah Himpunan Bersih 2.0 itu, rakyat pedalaman kebanyakannya tidak memahaminya, sebab itu mereka mudah dikelirukan. Padahal lapan tuntutan Bersih 2.0 itu sangat rasional dan sewajarnya diterima untuk melihat piliuhan raya itu bersih.
Pada pendapat saya, selagi persepsi pengundi luar bandar ini sedemikian rupa dan masih belum dapat diatasi oleh PAS, nyatalah ini menjadi masalah besar kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Ini kerana, PAS dijangka lebih banyak bertanding di kawasan luar bandar ataupun di pinggir bandar.
Memang ini suatu masalah yang sangat rumit yang tidak semudah itu boleh diselesaikan dengan segera, namun kita yakin masih boleh diselesaikaan. Ini penting, justru undi rakyat luar bandar ini sangat curcial dalam menentukan kemenangan.
Di sinilah tugas penting Lajnah Penerangan peringkat negeri dan kawasan untuk menerangkan scenario politik ini. Sekali lagi dktakan bahawa masa sangat suntuk untuk membuat persiapan, iaitu hanya beberapa bulan saja lagi.
Di sinilah semua pendukung Pakatan Rakyat wajib turun padang segera untuk menerangkan kepada rakyat, baik di bandar mahpun di luar bandar, akan bahaya perkauman yang ditaburkan oleh pihak lawan Pakatan Rakyat. Mestilah juga dijelaskan bahawa Himpunan Bersih 2.0 itu semata-mata untuk memperjuangkan demokrasi pilihan raya yang sebenar-benarnya bukan yang lain daripada itu.
Sesungguhnya, masa dalam beberapa bulan saja lagi ini akan menentukan segala-galanya. Pihak Umno/BN sudah terang-terang mengatakan bahawa ia akan menawan kembali Selangor, negeri yang sangat sangat penting bagu mereka, ‘walau dengan apacara sekalipun’.
Justru, kita yakin PAS Selangor dengan kepimpinan barunya di bawah Dr. Rani Othman akan mampu mempertahankan semua kerusi PAS yang dipertandingkan, demikian juga bagi PKR dan DAP.
Pada keseseluruhannya, ini ujian paling getir pada Pakatan Rakyat dan walaupin persepsi terhadapnya semakin meningkat terutama sejak Himpunan Bersih 2.0 namun, seperti dikatakan, persepsi saja tidak cukup memungkinkan kemenangan itu melainkan dengan penambahan ciri-ciri lain seperti disebutkan.
Sementara itu, mengenai calon, kita yakin Pakatan Rakyat mempunyai ramai calon bermutu tinggi yang mampu mendukung amanah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Akhirnya, dalam beberapa bulan ini akan memungkin segala-galanya.
0 orang berkata:
Post a Comment