Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNGGU APA REAKSI SPR



26 Sya'ban 1432H,


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa TIDAK akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ mereka di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia.
 
Pada 26 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. Pihak SPR juga telah mengakui secara terbuka bahawa masih  terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing dan membuat laporan polis serentak pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini. 
 
Pada 4 Ogos 2011, Rabu akan datang Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihanraya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihanraya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihanraya. 
 
Program akan dilaksanakan di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihanraya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian. Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.