Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
BERSIH di Mesir: Yayasan T'ganu siasat pelajar

Jul 14, 11 5:34pm

Kongsi 33
Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.
Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.
"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.
Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.
Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.
"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.
"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya.
- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.